Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ni saya nak bawa pembaca semua memikirkan tentang perkara di atas. Penting ke bahasa Inggeris ni dalam perniagaan kita? Bukan apa, saya tanyakan tuan/puan ni pun, sebab ada kalangan rakan-rakan saya yang bertanya pada saya. Jadi, kalau tuan/puan ada sebarang komen, boleh la tinggalkan komen tuan/puan dalam kotak kat bawah tulisan saya ni…
Berbalik kepada soalan di atas.
Jawapan saya: SAMA ADA ANDA BERNIAGA ATAU ANDA BEKERJA, BAHASA INGGERIS ADALAH KEPERLUAN PADA MASA KINI DAN AKAN DATANG
Anda boleh berniaga atau bekerja dengan kemahiran bahasa ibunda anda… tapi sekiranya anda ada kemahiran berbahasa Inggeris, kerja atau perniagaan anda akan nampak bertambah profesional. Dari segi perniagaan, setakat di dalam Malaysia, takde masalah kalau nak guna bahasa Melayu sepenuhnya… tapi, kemahiran bahasa Inggeris dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan seterusnya menambah minat mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk mendapatkan khidmat anda.
Jadi, anda nampak tak pentingnya bahasa inggeris ni dalam perniagaan kita?
Betul… akan ada orang yang kata… “kalau aku tak pandai bahasa inggeris pun, kalau ada ramai kawan2 aku yang support aku, mesti aku boleh berjaya…” …
TAPI,
Berapa ramai kawan kita yang sanggup support kita? Yg boleh sama-sama lalui keadaan susah kita? Daripada beribu kawan kita, mungkin cuma 2 je yang betul2 boleh diharap…yang lain…dah semestinya ada agenda masing2… betul tak?
Di sini pentingnya “networking” atau rangkaian dalam perniagaan. Kalau kita nak establish rangkaian hanya dari kalangan mereka yang berbahasa melayu saja, boleh… tapi limited market lah… kalau kita boleh networking dengan mereka yang berbahasa inggeris, dah tentu network kita semakin besar… kan?
So, kesimpulannya, bahasa inggeris adalah penting pada saya…
Thanks.
Fardaus Rahmat
p.s: Anda inginkan sebuah ebook berbahasa Melayu? PERCUMA je… setiap langkah dalam memulakan perniagaan anda diberitahu secara jelas… anda boleh tengok langkah jadi Jutawan Paypal ni…

