Archive for the ‘Motorcars/Motorbikes’ category

Naza Forte – Leaves You Speechless?? Proton kat mana?

December 15th, 2009

Utk semua pembaca budiman,

Anda mungkin tak berapa menggemari topik berkenaan kereta/motorsikal… tapi saya tak kisah.. saya nak cerita gak pasal kereta / motosikal dalam blog saya ni… hehe :)

Naza Forte.. kereta apa ni?

Naza Forte ni kereta baru dari KIA/NAZA… sebenarnya kereta ni dah lama dikeluarkan.. kalau tak salah, kat Singapore dah keluar sejak awal tahun 2008 lagi… kat Malaysia je lambat … biasalah… kereta baru kat Malaysia ni kan mahal2.. heheh.. itu semua dek kerja struktur cukai kenderaan kita kat malaysia ni lah…

So, kenapa Naza Forte ni? Best sangat ke?

Dari segi design, kereta ni adalah kereta sedan 4 pintu.. dari depan, macam volvo… sampai kat belakang, macam BMW.. ikut citarasa masing2… itu yang saya nampak dan perasan…mungkin org lain tgk lain la plak kan… dari segi styling, nampak macho… buleh la bertegur sapa dengan lancer GT atau Honda City / Civic atau Toyota Vios atau Altis… tapi sebab Forte ni 1.6, saya rasa elok kalau dibandingkan dengan Altis/Civic… pandangan saya lah … :)

Forte ada 3 versi… 1.6EX, 1.6SX dan 2.0SX…

1.6EX ni standard fitting… harga RM75,800.00… tak banyak aksesori.. tapi kira ok la kalau nak dipadankan dengan harganya… ada 2 airbag, ABS, keyless entry system (masuk kereta tak perlu kunci..tekan je button kat pemegang pintu), radio/CD/MP3 with USB IPOD capability, aircon, disc brake, tayar 15 inci…

1.6SX ada tambahan aksesori dan sistem… tayar 17 inci, traction control, electronic stability control, leather steering wheel, start Button and smart key system, UV cut glass. Harganya lebih kurang RM81,800.00.

2.0SX pulak.. tak banyak ada dalam malaysia skrg… katanya cuma ada 5 je skrg ni.. dia ada segala yang 1.6SX ada ditambah dengan leather seat, side and curtain airbags dan motor driven power steering… perrrgghhh… masyuk je bila drive… harga pun buleh tahan… pada RM93,800.00. Untuk spec dan harganya, rasanya berbaloi dan wajar kalau proton pun terasa dengan kehadiran Forte ni… ye lah, utk teknologi macam ni, proton perdana pun kalah, dari segi aksesori dan kelengkapan lain.. kalau perdana menang pun, mungkin dari segi ruang.. tapi Forte pun buleh tahan luas gak…

Bonet Forte buleh muat 5 beg golf kosong… kalau ada isi, muat 4 beg … hehe

Pemanduan Forte ni? Tak boleh citer…sebab saya cuma tengok, rasa dan naik macam tu jek… heheh… perkara lain bole la observe, tapi kalau nak tau pasal driving, kena tanya orang yang dah test drive…

Dengar citer semalam, Proton pulak akan lancarkan WAJA replacement… yang pastinya katanya waja replacement ni akan guna Lancer GT body… cuma interior diubahsuai…enjin mungkin akan guna enjin 1.8… tak sure dari mana… jangan guna Renault semula dah le… harga pulak dalam lingkungan RM80,000 dan dijangka akan dilancarkan akhir tahun 2010…

Pada tahun sama, Proton dengar citer nak keluarkan Persona facelift pulak… kita tunggu je lah… harap2 Proton semakin maju dan dapat keluarkan kereta/MPV yang memenuhi citarasa ramai.

Itu jelah buat masa ni… later I talk about different car pulak…

Bye.
Fardaus Rahmat

Do you find the above article beneficial? Share the write-up..
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace

Perodua ALZA – Perodua Baru Macam MPV

November 24th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam berkesempatan jenguk2 showroom Perodua kat Kota Damansara. Ramai orang malam tadi. Nak tengok kereta baru perodua tu lah… ALZA – kereta juga MPV…  faham ke? hheeheh

So, kenapa Perodua kata Alza ni kereta juga MPV? Sebabnya, dia perform macam kereta, pada masa sama, dia juga nak jadi MPV. Sebab ada lebih 2 tempat duduk kat barisan ketiga. Sebab tu jek.

Saya rasa saingan terdekat Alza adalah Proton Persona. Ada orang kata Alza ni nak fight market dengan Exora, tapi saya rasa tak sangat lah… sebab Proton Exora ada marketnya sendiri dan ada kelebihannya sendiri. Proton Exora lagi besar, lagi bnyk ruang dan enjin nya pulak 1.6.

Alza ni tak lebih macam kereta pada pandangan saya. Alza ada 5+2 tempat duduk. So, jadi la 7 tempat duduk. Daripada pemerhatian saya malam tadi, ada beberapa point yang saya rasa boleh saya kongsikan kat blog saya utk pembaca semua.

1 – Tempat duduk – OK, takde masalah dengan tempat duduk dia… ada org kata tempat duduk barisan ketiga macam papan, tapi bila kereta dah keluar, ia tak lah seperti di sangka.

2 – Buatan Alza ni adalah OK – nampak mewah, tapi pada masa sama kualiti terjaga lah…

3 – Tayar – 15 inci

4 – Barisan ketiga sesuai utk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil. Tinggi tak leh lebih 170 sm. Kalau lebih, memang rasa sempit kat tempat duduk barisan ketiga.

5 – Warga tua adalah di galakkan duduk di barisan kedua utk memudahkan keluar dan masuk kereta.

6 – Enjin 1.5 macam Avanza, cuma bezanya, pembuatan enjin ni hampir sepenuhnya dibuat di Malaysia.

7 – Ruang kargo, pada saya limited lah. Kalau nak ruang lagi besar, kena la tolak tempat duduk barisan ke tiga tu… dapat la ruang lebih… bila dah ada ruang, boleh jadi tempat tidur utk anak2 kalau perjalanan jauh.

8 – Lampu meter adalah optitron – utk versi manual standard, lampu kaler oren. Versi automatik dia kaler biru.

9 – Utk versi automatik, gear lever adalah di dashboard. Ada tempat duduk kecik kat tengah antara driver & passenger kiri.

10 – Handbrake utk manual adalah di tempat biasa. Handbrake utk auto, Alza guna foot brake. Tgk kat slideshow atas.

11 – Pemanduan? Takde komen, sebab dah malam. Tak sempat test drive lah. Tapi utk enjin 1.5, pada saya sepatutnya pemanduan adalah seperti biasa. Macam drive kereta auto gak.

Nak bagi tahu apa lagi ye? Kalau nak tau lebih lagi, sila2 lah ke showroom perodua berdekatan.

Verdict saya: Sesuai utk mereka yang nak kan kereta lebih besar, tapi tak nak ambik MPV.

Nak brochure ALZA nih? KLIK SINI
Thanks.
Fardaus Rahmat

Do you find the above article beneficial? Share the write-up..
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace