Posts Tagged ‘Antara’

Original Crocs Shoes – Boleh Buat Pre-Booking

January 14th, 2010

Assalamualaikum & Good Day kepada semua pembada budiman,

Untuk pengetahuan semua yang membaca update di blog saya, suka untuk saya
beritahu dan umumkan bahawa saya telah pun mengambil satu lagi produk dan
meletakkannya dalam rangkaian produk jualan saya – iaitu – Kasut CROCS original.

Pelbagai pilihan ada untuk kegunaan spesifik atau harian yang didatangkan dalam pelbagai variasi saiz, bentuk kasut, dan warna.

Kenapa Kasut CROCS?

Antara sebab saya boleh fikirkan kenapa saya pilih kasut Crocs adalah seperti berikut:

a – Ringan & Lasak

b – Kalis Air

c – Oleh kerana kasut jenis ni ringan, maka jalan pun senang dan tak memenatkan

d – Slip resistant (tak mudah tergelincir)

e – Colourful

f – Udara mencukupi untuk kaki kita

g – macam2 lagi… saya tulis lain kali la kot… :)

Sekarang, saya bawakan beberapa model kasut Crocs yang menarik dan berseri, pada harga lebih murah dari butik Crocs. Sshhhhhh…jangan bising2… ini untuk subscriber blog saya je… harga buleh tahan menarik… saya boleh bagi free shipping (dalam Malaysia) je… kalau nak harga menarik, kena la jadi subscriber blog saya…

Macam mana nak jadik subscriber? Senang je… tgk sebelah kanan atas page ni… ada nampak tak borang utk isi nama dan email? aaaaa.. isi information tu dalam borang tu, lepas tu confirmkan email, maka saya tau anda adalah subcriber blog saya… buleh la saya bagi harga spesel sikit…

Antara model yang saya ada… macam saya letak dalam slideshow kat atas tu… harga pun dah letak kat slide show tu… pilih la mana yang menarik dan berkenan di hati.. email saya kat support@convistudio.com, bagitau model mana dan saya akan bgtau samada ada stok atau tau…

Boleh? Semua kasut Crocs yang saya jual adalah ORIGINAL ye. Kalau nak imitation pun ada, lagi murah… tapi sakit kaki bila pakai lama-lama. So, saya tak jual yg imitation lah.

Sekarang dah boleh pre-book utk model2 yang saya buat dalam slideshow di atas. Maksud pre-book, anda bgtau model mana anda nak, saya akan dapatkan pada bulan berikutnya. Produk selalu sampai ujung bulan setiap bulan. Kalau ada yang nak buat pre-booking, bgtau la awal-awal. Senang nak menguruskan permintaan.

Oklah. Itu je coret-coret buat masa ni. Ada kelapangan, saya akan update lagi kisah dalam blog ni.

Thanks.
Fardaus

Perodua ALZA – Perodua Baru Macam MPV

November 24th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam berkesempatan jenguk2 showroom Perodua kat Kota Damansara. Ramai orang malam tadi. Nak tengok kereta baru perodua tu lah… ALZA – kereta juga MPV…  faham ke? hheeheh

So, kenapa Perodua kata Alza ni kereta juga MPV? Sebabnya, dia perform macam kereta, pada masa sama, dia juga nak jadi MPV. Sebab ada lebih 2 tempat duduk kat barisan ketiga. Sebab tu jek.

Saya rasa saingan terdekat Alza adalah Proton Persona. Ada orang kata Alza ni nak fight market dengan Exora, tapi saya rasa tak sangat lah… sebab Proton Exora ada marketnya sendiri dan ada kelebihannya sendiri. Proton Exora lagi besar, lagi bnyk ruang dan enjin nya pulak 1.6.

Alza ni tak lebih macam kereta pada pandangan saya. Alza ada 5+2 tempat duduk. So, jadi la 7 tempat duduk. Daripada pemerhatian saya malam tadi, ada beberapa point yang saya rasa boleh saya kongsikan kat blog saya utk pembaca semua.

1 – Tempat duduk – OK, takde masalah dengan tempat duduk dia… ada org kata tempat duduk barisan ketiga macam papan, tapi bila kereta dah keluar, ia tak lah seperti di sangka.

2 – Buatan Alza ni adalah OK – nampak mewah, tapi pada masa sama kualiti terjaga lah…

3 – Tayar – 15 inci

4 – Barisan ketiga sesuai utk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil. Tinggi tak leh lebih 170 sm. Kalau lebih, memang rasa sempit kat tempat duduk barisan ketiga.

5 – Warga tua adalah di galakkan duduk di barisan kedua utk memudahkan keluar dan masuk kereta.

6 – Enjin 1.5 macam Avanza, cuma bezanya, pembuatan enjin ni hampir sepenuhnya dibuat di Malaysia.

7 – Ruang kargo, pada saya limited lah. Kalau nak ruang lagi besar, kena la tolak tempat duduk barisan ke tiga tu… dapat la ruang lebih… bila dah ada ruang, boleh jadi tempat tidur utk anak2 kalau perjalanan jauh.

8 – Lampu meter adalah optitron – utk versi manual standard, lampu kaler oren. Versi automatik dia kaler biru.

9 – Utk versi automatik, gear lever adalah di dashboard. Ada tempat duduk kecik kat tengah antara driver & passenger kiri.

10 – Handbrake utk manual adalah di tempat biasa. Handbrake utk auto, Alza guna foot brake. Tgk kat slideshow atas.

11 – Pemanduan? Takde komen, sebab dah malam. Tak sempat test drive lah. Tapi utk enjin 1.5, pada saya sepatutnya pemanduan adalah seperti biasa. Macam drive kereta auto gak.

Nak bagi tahu apa lagi ye? Kalau nak tau lebih lagi, sila2 lah ke showroom perodua berdekatan.

Verdict saya: Sesuai utk mereka yang nak kan kereta lebih besar, tapi tak nak ambik MPV.

Nak brochure ALZA nih? KLIK SINI
Thanks.
Fardaus Rahmat