Posts Tagged ‘Budiman’

Salam Ramadhan Dari Fardaus Rahmat

August 10th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kehadapan semua pembaca blog saya,

Saudara/Saudari yang budiman,

Alhamdulillah… tahun ni Ramadhan muncul lagi dan seperti biasa ia disambut dengan meriah oleh saya. Kurang pasti pulak bagaimana sambutannya di kalangan para pembaca. :) Walau apa pun, saya doakan semuanya berjaya menghadapi dan menempuhi bulan Ramadhan dengan taqwa dan memperoleh keampunan dari Nya.

Kalau takde aral melintang, esok, insyaallah, seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Tak kira siapa, samada yang sihat / cacat / ibu mengandung / sesiapa saja yang beragama Islam, akan menjalani ibadah puasa – dan mahu merebut segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah, sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Malam nanti, masjid-masjid / surau-surau akan dipenuhi dengan umat Islam yang bersedia utk bersolat sunat Tarawih.. Malam nanti dan malam-malam seterusnya dalam bulan Ramadhan nanti akan menjadi lebih indah, cantik dan lebih mengusik perasaan!

Betul… Ramadhan datang lagi… tapi agaknya, sempat tak kita menemui Ramadhan lagi selepas ini? Dapatkah kita jalani ibadah puasa kita seperti yang dikehendaki dalam Islam? Alangkah sayangnya apabila kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa mendapat keberkatan Nya, keampunan dan ganjaran dari Nya.

Sempena Ramadhan ini, saya sarankan diri saya dan pembaca juga agar meneruskan usaha berjimat cermat… Bukan apa, biasanya kita tgk umat Islam yang berpuasa, rata-ratanya semakin banyak membeli belah pada bulan Ramadhan. Mungkin pandangan ini  berbeza dari setiap orang… masing2 ada pandangan masing2… tapi pada saya, berjimat ni memang menjadi keperluan setiap masa… Biasanya dalam bulan Ramadhan ni…pengurusan kewangan menjadi tercabar… hehhe…

Maklumlah…bila balik dari pejabat…mesti lalu kat kawasan bazaar Ramadhan… penuh sesak dengan pelanggan yang mencari juadah berbuka… bila perut lapar, semua nampak sedap kan?? mmmmm… macam-macam kuih, lauk pauk ada dijual…

Kemudian dari tu, kena sediakan bajet utk pakaian raya / duit raya / kasut raya dan lain-lain lagi… sebab tu la pengurusan kewangan tercabar kan? Kalau tak betul, maybe boleh share pandangan saudara/saudari kat sini….  :)

Natijahnya di sini, apa yang saya nak kongsikan ialah: Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang sangat2 dituntut kita membanyakkan ibadah dan memohon keampunan atas dosa-dosa lampau kita. Disamping itu, kita boleh mengajar diri kita untuk berjimat dalam kehidupan kita dan seterusnya memperbetulkan pengurusan kewangan kita.

Sedikit tip pengurusan yang saya nak kongsikan, berdasarkan pembacaan dan perkongsian cerita dengan kawan2 lain:

a – Buat audit utk perbelanjaan harian kita. Selaraskan pembelian kita. Jangan la tiap2 hari singgah kat bazaar Ramadhan

b – Lanjutan dari (a) – masak sendiri juadah berbuka. :) Sedap & berkat….

c – Buat la list / senarai apa yang nak dibeli… jangan la ikut suka hati je… tapi kalau dah banyak sangat duit, tak tau nak buat apa… tak kisah lah… hehhe… cuma jangan lupa bayar zakat fitrah dah le ye….

d – Kelengkapan raya? Beli la awal… kalau nak beli sekarang pun boleh… kan sekarang ni tengah mega sale… elok beli sekarang…  :)

Dah la tu… belum puasa lagi dah cerita pasal Raya pulak ye?? hehhe

Lastly dari saya: Usahakan lah puasa yang terbaik, bayar zakat fitrah awal dan ingatlah bahawa, kemeriahan Syawal nanti terletak pada roh dan kemeriahan Ramadhan itu sendiri dan bukan dari apa barangan yang dah kita beli…

Wassalam & Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Ikhlas,
Fardaus Rahmat

Related and Relevant Stories

Videografi Perkahwinan – Perkara Baru Ke Ni?

February 12th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pembaca Budiman,

Saya percaya tuan/puan dah pernah baca berkenaan videografi perkahwinan. Tapi faham ke apa benda videografi perkahwinan ni sebenarnya?

Jom kita tengok sebalik cerita videografi perkahwinan ni…

Perasaan CINTA dan KASIH SAYANG ni adalah perasaan yang sangat diraikan diseluruh dunia dan alam ini. Orang raikan perasaan cinta dan kasih sayang dalam pelbagai cara yang masing-masing terpikir. Dan dah tentulah detik paling bahagia adalah PERKAHWINAN. Betul tak?

Sekarang ni, dengan dunia teknologi, saat-saat indah semasa majlis perkahwinan telah dapat dirakamkan dan dapat ditonton semula… siap ada lagu-lagu, dan sebagainya. Inilah yang kita panggil VIDEOGRAFI.

Sebenarnya, ayat VIDEOGRAFI PERKAHWINAN ni digunakan untuk menjelaskan tentang majlis perkahwinan seseorang itu dalam bentuk video. Nak senang, sebenarnya filem/wayang majlis perkahwinan orang tu lah… Industri ni dihidupkan pada asalnya oleh mereka yang ambik peluang untuk merakamkan saat manis perkahwinan kawan-kawan atau saudara mara mereka.

Sejak zaman 80an, masa mula-mula video camera jadik “hit” dulu, industri ni berkembang. Sony jadi peneraju masa tu . Orang biasa pun boleh buat filem perkahwinan mereka sendiri. Masa tu, video camera dah makin murah, so makin ramai la orang yang mampu dan boleh buat filem sendiri. Pada masa tu jugalah, mereka yang berminat dengan bisnes, mula terfikir dan nampak peluang untuk jadikan bidang videografi ni sebagai kerjaya atau pilihan bisnes.
Mula-mula nak buat movies ni bukan la senang sebenarnya. Mekanism dan alatan pada masa tu, takde la secanggih macam kita tengok hari ni. Kamera masa tu pun besar, dah tu berasingan pulak dengan recorder video … kena guna network cable lak.. gambar yang keluar pun masa tu takde la secantik masa ni…
Masuk tahun 90an, para pengeluar video camera baru ternampak ada peluang untuk majukan lagi bisnes kamera mereka dan mereka pun mula mencipta video camera yang lebih baik… dan dah tentulah ini menjadikan lebih banyak peluang untuk mereka yang berminat dengan bidang videografi ni.. Maka, terhasillah kualiti gambar yang lebih baik, penggunaan cahaya yang lebih menarik dan macam2 lagi kelebihan..
Kalau tak percaya, cuba pegi mana2 kedai kamera, dan anda boleh belek setiap jenama kamera video yang ada dalam kedai tu.. ada Panasonic… ada Sony… ada Canon… semua canggih belaka… boleh transfer terus video ke YouTube… hehhe… kalau ada rasa nak mencari kamera video sendiri, atau pun kamera digital / DSLR sendiri… boleh contact saya… PROMOTE diri sendiri nih… :)
So, pembaca semua.. . mcm mana? Boleh faham citer saya hari ni? heheh…
Bukan apa, … perkahwinan merupakan satu majlis yang boleh diraikan dan memang patut diabadikan seindahnya… cuma jangan la bermewah2 sampai membazir.. Bila dapat peluang untuk merakamkan saat-saat manis tu, buat sebaiknya… dari segi planning… sampai la majlis tu berakhir… jangan membazir… videografi tu kena masuk kira sekali dalam budget… :)
Oklah… itu je celoteh saya hari ni… sampai jumpa lagi insyaallah…

Thank you.

Fardaus Rahmat

Global Domains International (GDI) – Internet Business Part II

December 11th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca budiman,

Saya nak berkongsi citer pasal GDI lagi hari ni… Global Domain International.

Dah baca cerita saya sebelum ni? Kalau belum, kena baca kat SINI dulu, lepas tu baca KEDUA ni pulak…

Dengan GDI ni, kita boleh beli domain kita dengan .ws atau pun dengan .com/.net/.info dan sebagainya…

Siapa dia GDI ni? Apa bisnes GDI ni sebenarnya? Seperti biasa… saya cuba utk cerita serba sedikit tentang syarikat GDI ni..

Ok.. macam ni.. .sebelum ni kita asyik tengok nama-nama domain dengan akhiran dotCOM atau dotNET dan sebagainya kan.. tapi dengan GDI ni, syarikat yang berpangkalan di USA ni dapat pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS keseluruh dunia pada tahun 1999.

Dimudahkan cerita, GDI ni mencipta peluang dan pilihan kedua yang lebih mudah, iaitu, dotWS (maknanya WebSite). Contoh paling mudah: http://www.fardausrahmat.WS

GDI menyewakan tapak domain untuk orang yang ingin memiliki website sendiri. Perniagaan menyewakan tapak domain merupakan perniagaan yang sangat besar sekarang ini. Setiap hari berpuluh ribu pengguna di internet mendaftar dimana-mana syarikat yang menyediakan tapak domain untuk memiliki website sendiri.

Nak alamat GDI ni? Boleh hubungi mereka untuk pengesahan:

Global Domains International #30019
701 Palomar Airport Rd, Suite 300
Carlsbad, CA 92011
U.S.A.

Tel: (001) 760-602-3000
No Fax: (001) 760.602.3099
Email support: support@wsdomains.ws

Jadi, kenapa saya ajak anda semua bersama saya untuk join GDI ni?

Satu – Walaupun anda tak minat berniaga di internet, anda boleh buat duit dengan GDI, dan hasilnya boleh jadi sepanjang hayat!

FIKIRKAN :-

Sekarang ini ada lebih tiga billion orang yang boleh akses internet. Data menunjukkan bilangan pengguna internet semakin bertambah puluh ribu setiap hari. Daripada puluh ribu pengguna internet baru tu, hanya 1% sahaja yang mempunyai website sendiri. Dan pastinya anda berada pada masa yang betul untuk menyertai GDI diperingkat awal fenomena yang sedang melanda dunia sekarang ini. Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang akan diwujudkan.

Nampak tak apa yang saya cuba tunjukkan?

Bayangkan berapa banyak peluang pendapatan yang anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah. Bisnes GDI ni bukan dalam Malaysia je, malah luar negara – global – international. Jadi jika anda terbaca disini tentang GDI atau daripada orang lain, jangan tunggu lagi dan jangan ketinggalan atau anda akan ditinggalkan.

Dua – Kalau anda ajak orang lain untuk beli / sewa tapak domain dengan GDI, maka anda akan dapat KOMISYEN! Saya tak nak la citer lebih2 pasal komisyen ni.. yang penting… anda fahamkan dulu bisnes GDI ni apa dia sebenarnya. Komisyen ni la yang jadi pendapatan bulanan anda sepanjang hayat.

OK. Cukup la dua pilihan sebab saya utk tulisan kali ni.. lain kali saya share lagi pasal GDI ni… seronok bercerita pasal bisnes yang kita suka… :)

Utk tidak menambahkan lagi cerita.. saya berhenti menulis dulu setakat ni… ada sebarang pertanyaan, boleh call saya (+6018-3725262) atau email di (support@convistudio.com)

Sampai jumpa lagi.

Salam GDI!

Best Regards,
Fardaus Rahmat

p.s. Anda boleh lawati website GDI malaysia ni.. buleh jumpa dengan mereka yang dah berjaya dengan GDI ni.. KLIK SINI UTK JUMPA MEREKA

Diskusi – Kenapa Ramai Usahawan / Bakal Usahawan GAGAL?

December 2nd, 2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera pembaca budiman sekelian,

Saya berminat untuk berniaga dan ini membolehkan saya menjadi seorang usahawan atau kata mudahnya, bisnesman. Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada segelintir usahawan atau bakal usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka.

Kenapa agaknya? Mungkin beberapa faktor seperti dibawah dapat menjelaskan keadaan tersebut:

1. Tak buat perancangan / failed in planning/ Tak tau merancang

Kalau dah tak buat perancangan, macam mana nak teruskan perniagaan yang diceburi? Betul tak?
Lecturer saya pernah bertanya pada saya, macam ni lebih kurang “Fardaus, you fail to plan you work or you plan to fail your work?” Maksudnya, adakah kamu gagal merancang tugas-tugas kamu, atau kamu merancang untuk menggagalkan tugas kamu?

Kat sini nampak pentingnya perancangan utk sesuatu kerja dan sudah semestinya perancangan itu penting utk perniagaan anda. Walaupun rancangan mungkin dibuat,  tapi tidak spesifik dan ala kadar, akhirnya, impian jadi seperti angan-angan.

2 – Suka Tangguh Kerja / Perancangan

Ni pun masalah yang selalu membelenggu usahawan kita. Perancangan dah dibuat, tapi asyik tangguh je pelaksanaannya. Sikap macam ni memang tak memberikan masalah pada peringkat awal, tapi lama kelamaan, ia akan menjadikan pengurusan perniagaan kita tak efektif.

Dokumen bertimbun dan bertambah. Masa terbuang. Keputusan perniagaan pula mungkin tidak tepat.

So, kena la make sure kita buat apa yg dah kita rancang sebaiknya.

3 – Competition / Persaingan

Kenapa pulak persaingan jadi masalah pada usahawan?

Kadang-kadang, kita ambik mudah berkenaan competition/persaingan atau competitor/pesaing kita. Bagi yang dah lama, mungkin rasa amat yakin dengan kelebihan diri. Bila dah rasa macam tu, susah la nak berdaya saing dan berusaha untuk menambah baik perkhidmatan atau perniagaan itu.

Sebenarnya, tak boleh la rasa macam tu. Tak kira lah anda baru atau pun dah lama dalam pasaran. Anda tetap kena usahakan menambah baik dan mengunikkan perniagaan atau produk anda. Dari sini barulah anda boleh dilihat sebagai seorang usahawan yang mengikut kehendak pasaran.

4 – Customer Service / Khidmat Pelanggan

Sebagai usahawan, kita tidak boleh hanya memikirkan bagaimana hendak mendapatkan pelanggan, tapi pada masa sama kita mesti juga memikirkan berkenaan cara-cara mengekalkan pelanggan yang dah kita ada.

Nak kekalkan pelanggan ni yang lebih sukar dari mendapatkan pelanggan. Macam-macam perlu kita buat untuk pastikan pelanggan tertarik dan setia dengan produk / barangan / perkhidmatan yang kita berikan. Macam mana?

Mungkin lain kali saya cerita pulak berkenaan customer service.
Macam mana? Nak kongsi pendapat / pandangan anda? Bagila komen …

Regards,
Fardaus Rahmat