Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kehadapan semua pembaca blog saya,
Saudara/Saudari yang budiman,
Alhamdulillah… tahun ni Ramadhan muncul lagi dan seperti biasa ia disambut dengan meriah oleh saya. Kurang pasti pulak bagaimana sambutannya di kalangan para pembaca.
Walau apa pun, saya doakan semuanya berjaya menghadapi dan menempuhi bulan Ramadhan dengan taqwa dan memperoleh keampunan dari Nya.
Kalau takde aral melintang, esok, insyaallah, seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Tak kira siapa, samada yang sihat / cacat / ibu mengandung / sesiapa saja yang beragama Islam, akan menjalani ibadah puasa – dan mahu merebut segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah, sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Malam nanti, masjid-masjid / surau-surau akan dipenuhi dengan umat Islam yang bersedia utk bersolat sunat Tarawih.. Malam nanti dan malam-malam seterusnya dalam bulan Ramadhan nanti akan menjadi lebih indah, cantik dan lebih mengusik perasaan!
Betul… Ramadhan datang lagi… tapi agaknya, sempat tak kita menemui Ramadhan lagi selepas ini? Dapatkah kita jalani ibadah puasa kita seperti yang dikehendaki dalam Islam? Alangkah sayangnya apabila kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa mendapat keberkatan Nya, keampunan dan ganjaran dari Nya.
Sempena Ramadhan ini, saya sarankan diri saya dan pembaca juga agar meneruskan usaha berjimat cermat… Bukan apa, biasanya kita tgk umat Islam yang berpuasa, rata-ratanya semakin banyak membeli belah pada bulan Ramadhan. Mungkin pandangan ini berbeza dari setiap orang… masing2 ada pandangan masing2… tapi pada saya, berjimat ni memang menjadi keperluan setiap masa… Biasanya dalam bulan Ramadhan ni…pengurusan kewangan menjadi tercabar… hehhe…
Maklumlah…bila balik dari pejabat…mesti lalu kat kawasan bazaar Ramadhan… penuh sesak dengan pelanggan yang mencari juadah berbuka… bila perut lapar, semua nampak sedap kan?? mmmmm… macam-macam kuih, lauk pauk ada dijual…
Kemudian dari tu, kena sediakan bajet utk pakaian raya / duit raya / kasut raya dan lain-lain lagi… sebab tu la pengurusan kewangan tercabar kan? Kalau tak betul, maybe boleh share pandangan saudara/saudari kat sini…. :)
Natijahnya di sini, apa yang saya nak kongsikan ialah: Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang sangat2 dituntut kita membanyakkan ibadah dan memohon keampunan atas dosa-dosa lampau kita. Disamping itu, kita boleh mengajar diri kita untuk berjimat dalam kehidupan kita dan seterusnya memperbetulkan pengurusan kewangan kita.
Sedikit tip pengurusan yang saya nak kongsikan, berdasarkan pembacaan dan perkongsian cerita dengan kawan2 lain:
a – Buat audit utk perbelanjaan harian kita. Selaraskan pembelian kita. Jangan la tiap2 hari singgah kat bazaar Ramadhan
b – Lanjutan dari (a) – masak sendiri juadah berbuka.
Sedap & berkat….
c – Buat la list / senarai apa yang nak dibeli… jangan la ikut suka hati je… tapi kalau dah banyak sangat duit, tak tau nak buat apa… tak kisah lah… hehhe… cuma jangan lupa bayar zakat fitrah dah le ye….
d – Kelengkapan raya? Beli la awal… kalau nak beli sekarang pun boleh… kan sekarang ni tengah mega sale… elok beli sekarang… :)
Dah la tu… belum puasa lagi dah cerita pasal Raya pulak ye?? hehhe
Lastly dari saya: Usahakan lah puasa yang terbaik, bayar zakat fitrah awal dan ingatlah bahawa, kemeriahan Syawal nanti terletak pada roh dan kemeriahan Ramadhan itu sendiri dan bukan dari apa barangan yang dah kita beli…
Wassalam & Salam Ramadhan Al-Mubarak!
Ikhlas,
Fardaus Rahmat
Related and Relevant Stories
- Ketayap (Kuih Tayap) @ Chowrasta Market, George Town « Malaysia Food Blog, Malaysia Travel Blog
- Hujan Dalam Syariat Islam – Website Al-Atsariyyah.Com – Meniti Jejak As-Salaf Ash-Shaleh
- Derma Pembinaan Masjid/Surau-Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat-Masjid Kalisa Mk A.Ranget, Narathiwat, Thailand « Kelas-Forex-Belajar
- Regent of Bijapur : Fashion Submission : « Jalani Morgan Photographer | Editorial Photographer | Commerical Photographer | Portrait Photographer | Fashion Photographer
- Dapatkan ganjaran Ramadhan bersama Ihya’ Ramadhan ISMA Australia : ISMA Australia
- Jalani P. | Inkblot Studioz | Website Design | WordPress | Joomla! | SEO | CRM | Facebook | Twitter
- Secret Recipe 2010 Malaysia Buka Puasa Promotion | Everyday On Sales – Malaysia Sale,Promotion & Warehouse Sale
- new creative editorial – jalani morgan | hermann & audrey
- Ep3 P3/6 Tangkap Leleh: Erra Fazira – Macam Macam Aznil Siri 5 | Video Melayu
- Fakultas Ushuluddin » Blog Archive » Kausalitas Dalam Perspektif Filsafat Islam, Filsafat Ilmu, Dan Filsafat Hikmah


