Posts Tagged ‘Menulis’

Teknologi Sepatutnya Memudahkan Hidup Kita

February 17th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rakan-rakan sekelian,

Semoga anda ceria di samping keluarga. Zaman sekarang ni, semakin ramai yang ingin menjadi
Jutawan Paypal. Tidak mengapa, tiada kuota utk sesiapa pun menjadi Jutawan Paypal. Semua orang mempunyai peluang, bezanya ada yang cepat dan ada yang masih terfikir fikir.

Tuan/Puan sekelian, pernahkah kita terfikir bagaimana teknologi sebenarnya telah banyak memberi
kemudahan kepada kita? Cuba kita bayangkan hidup kita tanpa kipas angin, tanpa dapur gas, tanpa
telefon, he!he!he! tanpa kereta?. Tak dapat nak digambarkan. Terima kasihlah kepada
pencipta-pencipta yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi kemudahan orang lain.

Aku Jutawan Paypal juga ditulis untuk memudahkan semua orang. Sesiapa yang serius untuk
membina perniagaan online, inilah masanya. Gunakan Aku Jutawan Paypal sebagai ‘tools’.
Anda tak perlu mahir dalam bidang IT, cukuplah sekadar boleh membaca dan menulis email,
serta melayari laman web.

Tuan/Puan sekelian, tidak semua Internet Marketer yang ada di Internet ini tahu semua perkara.
Apa yang penting adalah idea sahaja, yang lain itu mereka ‘outsource’kan dalam erti
kata lain, mereka upah orang yang mahir buatkan untuk mereka. Gunakan teknologi yang
ada.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk berjaya, adalah mulakan langkah. TAKE ACTION.
Daftarkan diri anda dalam perniagaan GDI.

Perkara ke dua dapatkan laman web dan ebook Aku Jutawan Paypal yang sudah di’rebrand’
dengan nama anda. Jangan pening pasal nak bina laman web, biar kami lakukan untuk anda.

Perkara ke tiga, dan inilah sahaja yang perlu anda lakukan selagi anda ingin terus
berada di dalam perniagaan online. Promosi! Promosi! Promosi!. Orang lain perlu tahu
nama domain yang anda beli dari GDI. Bila mereka melayari laman web anda, 97% pelawat
selalunya berminat untuk tahu tentang RAHSIA. Ingat 97% pelawat juga berminat dengan
barang PERCUMA. InsyaAllah, mereka akan memuat turun ebook dari laman anda.

Tuan/Puan sekelian, jika sehari ada 10 orang memuat turun ebook anda, ia sudah lebih dari cukup.
Sebulan sudah ada 300 prospek, ambil 1% sahaja yang memang teruja dan mendaftar. Proses
ini akan terus berulang. Kumpulan anda akan terus berkembang. Cuma apa yang saya nak
ingatkan, KEJAYAAN tidak boleh dibina dalam satu malam.

Perniagaan GDI adalah perniagaan yang tulen dan perlukan masa untuk membesar.

Jangan pandang ke belakang lagi. Pahatkan nama anda dalam sejarah GDI, biar semakin ramai
nama ‘bangsa Malaysia’ yang mengaut keuntungan di GDI. Anda tak berminat? Tapi mungkin anda tau
siapa di kalangan keluarga atau rakan atau teman niaga anda yang berminat…bgtau mereka tentang
peluang GDI ni dan ajak mereka utk ke website saya: http://www.fardausrahmat.ws, dapatkan ebook Aku Jutawan Paypal secara PERCUMA dan ikut langkah yang ditunjukkan.

Anda seronok bersorak di tepi gelanggang melihat rakan rakan bermain Futsal, tetapi tahukah
anda betapa ‘seronok’nya bermain di dalam gelanggang? Cepat! Masih banyak masa untuk bermain….

Sampai di sini buat kali ini.

Terima kasih.
Fardaus Rahmat

Mari BerJimat, Tapi Macam Mana Caranya?

February 4th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah agak lama saya tak menulis dalam blog saya ni. Harap dapat maafkan lah “ketidak hadiran” saya selama beberapa minggu ni…

This time around, saya berminat nak cerita pasal BERJIMAT. Saya rasa, semua orang nak berjimat dan ramai yang merancang untuk berjimat… tapi ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya… Berjaya bila mana kita nampak ada peningkatan dari segi simpanan kita… atau mungkin kita ada lebihan pendapatan pada hujung bulan…

Tapi tak berjaya bila apa yang kita rancangkan, tak membawa perubahan pada simpanan kita atau pada pendapatan kita… makin lama makin kurang pulak.. .:) tu yang susah tu… last-last, tak jadik la nak berjimat…

Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya rasa kita perlu berjimat dengan apa cara sekalipun… tapi ni pandangan saya lah.. bagi yang berkemampuan, tak berjimat pun takpe… mereka tak kisah apa berlaku pada dunia mereka pun… heheh… jangan marah ye..

Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca hari ni adalah, kita sebenarnya boleh berjimat… cuma, antara sedar dan tidak, perkara tu kita dah buat sebenarnya… tapi tak direkodkan… sebab tu kita tak berjaya dalam penjimatan kita..

Apa yang kita boleh buat untuk berjimat sebenarnya? Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya dan pengajaran dari kisah rakan-rakan saya.

1 – Jaga harta benda yang kita ada elok-elok

Sebab apa saya kata jaga harta kita? Kalau kita jaga harta benda kita elok-elok, maka harta kita akan tahan lama… bila dah tahan lama, kita tak perlu la asyik nak tukar je.. contoh: kalau kita ada motor, jaga elok2 motor tu… service bila sampai masa, tukar minyak hitam, masuk 2T, tukar mana yang haus…drive elok2… for sure JIMAT.

2 – Drive kereta atau motor elok2

Yang ni agak subjektif, tapi pada saya, still ada penjimatan kalau dibuat dengan berhemah. Kenapa perlu drive elok2?

Bila kita memandu secara berhemah, kita dapat kurangkan penggunaan petrol dan kereta atau motor kita akan berada dalam keadaan baik… bila dah dalam keadaan baik, kos utk maintenance kereta/motor tu pun kurang… dapat la kita berjimat… 2X… satu jimat guna petrol… satu lagi jimat kos maintenance.. buleh nampak?

Memandu secara berhemah ni subjektif, sebab kita kadang2 tak perasan style memandu kita… cadangan saya, tekan pedal minyak mengikut keadaan… tak tergopoh2.. tapi kadang2 kita memang mengejar masa… jadi, tak dapat la berjimat pada masa tu… bila kita drive makin laju, makin kerap la kita isi minyak… :)

3 – Refinance loan rumah anda

Yang ni menarik… tapi kena tengok masa … dari satu sudut, bila dapat refinance loan rumah dan kadar interest adalah best, kita bukan je dapat berjimat… malah dapat duit lebih lagi..insyaallah… :)

Kalau anda ada loan rumah, cuba tanya bank anda sekarang… kalau nak refinance macam mana… berapa % interest dan sebagainya… kalau anda dah faham, mesti anda nampak penjimatan yang saya cuba nak sampaikan… belum nampak?

Oklah…contoh:

Loan rumah skrg: RM100,000.00
Interest skrg: 7.0%
Bayaran bulanan skrg: RM900

Bila anda refinance rumah anda, harga loan akan berubah sebab nilai rumah mungkin dah naik mendadak… jadi, ambil kira faktor harga rumah terkini dan tgk contoh bawah:

Harga rumah skrg: RM200,000.00
Interest skrg: 3.9%

Bila refinance, maybe bank boleh bagi up to 90% loan dari harga rumah… katalah dapat refinance dengan loan RM170,000.00.

Dengan interest rate yang rendah, bayaran bulanan utk loan anda akan berkurang sikit. Dulu maybe anda bayar RM900, dengan loan baru RM170,000.00, walaupun lebih tinggi dari loan asal, anda dapat buat duit tu… berapa beza RM100,000 dengan RM170,000? Banyak tu… RM70, 000 boleh guna utk bayar loan rumah yang baru atau, buat savings dalam mutual fund ke, atau beli aset baru… bayaran bulanan loan yang baru paling banyak pun RM800 sebulan.. dah jimat RM100 sebulan…  amacam? Ke tak faham? :)

Tapi yang saya cerita kat atas tu contoh je… anda buat kira2 sendiri lah nanti ye… cuba risik2 dulu dengan bank loan rumah anda skrg… heheh

4 – Jimatkan Penggunaan Elektrik / Air

Haaaa… yang ni penting… cuma kita tak perasan… dan sekali lagi, perkara ni subjektif dan personal pada individu.

Sebab apa saya kata personal, sebab ada setengah orang tu memang dia tau, kalau pasang lampu lama-lama, tapi orang takde dalam bilik tu, itu namanya membazir… tapi ada setengah orang, dia tak kisah pun kalau lampu tak off terus… sebab pada dia, bil elektrik dia tak banyak mana pun… dia mampu bayar..

TAPI, kalau nak berjimat… pastikan anda OFF suis lampu dan tutup paip air anda bila tak guna… kalau nak basuh baju guna washing machine, kumpulkan pakaian yang nak dibasuh dan cuci sekaligus… so, jimat air dan elektrik..

5 – ASTRO ke siaran TV biasa?

Tanya diri anda… perlu ke ada astro kat rumah? ke cukup dengan RTM, TV3 dan sebagainya? Kalau cukup siaran biasa, teruskan siaran biasa jek… sebab tu percuma… kalau nak guna ASTRO, pastikan anda tau channel mana nak guna.. kalau ada channel yang anda tak guna, membazir je bayar banyak2 kat astro tu… pastikan anda memang akan tengok channel2 yang anda bayar… OK? Kalau anda pilih channel yang berkaitan, anda mungkin akan spend cuma dalam RM55 je sebulan… kalau anda ambik semua channel dalam Astro, saya rasa mau kena bayar lebih RM100… mana yang boleh jimat… jimat la ye…

6 – Internet – Mobile Broadband ke Streamyx?

Untuk yang ni, anda kena pikir sendiri lah… perlu ke tak internet connection kat rumah… kalau nak guna internet sekalipun, dan cuma nak guna utk tgk email, facebook kadang2, boleh la guna line internet biasa… tak mahal sangat..

Kalau guna streamyx ke atau mobile broadband… at least kena spend RM50 sebulan.. fikir-fikirkan lah… ye…

So, apa kata anda? Agak2 bleh ke anda berjimat dengan sedikit tips saya bagi kat atas? Maybe anda boleh share dengan saya tips berjimat yang anda tau…

Sekian, wassalam.