Posts Tagged ‘Pasti’

Perniagaan Internet – Apa Dan Kenapa Pilih Program Affiliate?

December 13th, 2009

Salam sejahtera utk semua pembaca.

Setakat mengikuti blog saya sehingga hari ni, saya pasti ramai yang dah tau dan faham apa itu perniagaan internet. Betul tak?

Kalau masih tak pasti, secara mudahnya, perniagaan internet ni sebenarnya sistem berniaga ONLINE .. kita berniaga di internet. Perniagaan ini memerlukan penjual dan pembeli melakukan semua transaksi penjualan dan pembelian di internet.

Kalau takde talian internet di rumah, anda boleh pegi ke cyber cafe. Kalau tak, anda boleh install Streamyx ke, Wimax ke, atau anda boleh guna Celcom/Maxis/Digi/U-Mobile broadband. Masing2 penyedia perkhidmatan internet ada pakej masing2, dan anda pilih lah yang sesuai. Sekarang ni pulak tengah perang broadband.. so, memang kita perlu pilih pakej mana yang sesuai dengan keperluan kita..kalau nak guna Celcom broadband, rasanya masih ada yang pakej RM68 sebulan.. kalau nak guna Streamyx, sekarang ni dah boleh register FREE…dapat wireless modem lagi…ikut keperluan anda sendiri lah…

KENAPA Berniaga di Internet dan KENAPA Pilih Program Affiliate?

Sebelum saya cuba bagi beberapa jawapan utk soalan di atas, saya terangkan sikit konsep program AFFILIATE.

Dimudahkan cerita, konsep affiliate ni adalah satu jenis perniagaan di mana penjual melantik pengedar/rakan kongsi/penyebar maklumat/network untuk membantu perniagaan itu berkembang.

Contoh: Saya ada berniaga tudung lycra (ala Aryani / Munawwarah) secara kecil-kecilan. Macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya ni adalah dengan menggunakan konsep affiliate.

Saya perlu dapatkan pengedar/rakan kongsi/network yang bagus dan saya bayar komisen utk setiap jualan atau komisen utk jualan dalam secara pukal atau sebagainya. Komisen tu dah tentulah saya yang tentukan macam mana. :)

Nampak tak macam mana konsep ni? Nak lagi mudah untuk difahami?

Satu lagi contoh: Saya ada website www.convistudio.com. Sesiapa yang pergi ke website saya, register dan dapatkan panduan berkaitan menambah rakan di Facebook saya, beliau yang register tadi adalah affiliate / rakan kongsi / network saya. Cuma dalam contoh ini, saya takde la sediakan program affiliate tu, sebab saya tak bayar komisen untuk sesiapa yang mendaftar dan share ebook saya dengan sesiapa yang lain.

Kalau saya sediakan program affiliate dalam website saya tu, saya perlu lah sediakan satu bentuk bonus untuk affiliate yang dapat menambahkan bilangan “list” saya.

Begitu lah lebih kurang cerita/konsep affiliate. So, berbalik kepada persoalan di atas tadi.

KENAPA Berniaga di Internet dan KENAPA Pilih Program Affiliate?

Beberapa jawapan yang dapat saya sediakan pada hari ini adalah seperti berikut:

1 – MODAL YANG MURAH

Dalam perniagaan internet, kedai kita adalah didalam domain kita. Domain la pulak. Apa benda domain ni? Domain adalah NAMA kedai atau website kita. Contoh: www.fardausrahmat.ws atau www.convistudio.com atau www.convistudio.com/blog

Semua di atas adalah contoh domain saya. Itulah kedai saya.

Saya hanya perlu promosi alamat web saya yang boleh diperolehi dari harga RM35 sebulan hinggalah paling murah RM30 setahun kalau tak salah saya. Tengok la pakej mana yang sesuai dengan saudara.

Tapi, sebab MURAH kat sini adalah kerana anda tidak perlu keluarkan modal sampai RM beberapa ribu untuk memulakan perniagaan. Modal anda boleh jadi cuma RM150 untuk 3 bulan pertama, atau, mungkin boleh jadi lebih rendah dari itu, ATAU anda boleh memulakan perniagaan di internet TANPA APA-APA MODAL sekalipun.

Di sini lah kelebihan program AFFILIATE. Anda boleh berniaga di internet TANPA MODAL. ZERO. KOSONG. Yang penting ada buat jualan, anda akan dapat bayaran komisen. NAMPAK TAK MUDAHNYA DAN MURAHNYA RISIKO perniagaan internet ni, lebih2 lagi kalau join affiliate program.

2 – JIMAT Masa

Perniagaan internet ni dah pasti lah menjimatkan masa dan satu lagi, ia adalah fleksibel. Suka hati andalah bila nak fokus atau tak nak fokus. Tapi kena la hati2, kalau tak fokus, macam mana nak buat untung pulak kan? :)

Tapi dengan adanya program affiliate, perniagaan internet anda menjadi makin mudah. Anda tak perlu pening2 pikir pasal marketing dan macam2 lagi. Sebab anda dah ada network / affiliate yang tolong buat semua tu.

Kan JIMAT MASA tu…. boleh la fokus kat bisnes internet lain pulak… atau pun, fokuskan buat duit untuk bisnes OFFLine pulak.. :)

3 – LUMAYAN

Macam mana pulak boleh lumayan bila berniaga di internet ni? Macam mana tak lumayan. Anda mulakan perniagaan TANPA KOS (jadi affiliate produk). Anda dapa jual produk tu, anda dapat komisen. Makin banyak anda jual, maka makin banyak la komisen anda! Tak lumayan? Contoh: Kalau anda jual satu produk katalah RM15, komisen yang dibayar adalah 30 – 50% dari harga produk, itu dah RM4 – 7 ringgit komisen utk satu produk. Betul tak? Kalau anda dapat jual 100 dalam masa 2 minggu, berapa anda dapat?

RM5 x 100 = RM500 dalam masa dua minggu. Sapa nak bagi? Kalau anda jual lagi banyak pilihan produk, maka lagi banyak la untung. Perrrgghh… kaya jadi affiliate ni. Ramai dah contoh affiliate yang berjaya dalam Malaysia ni… contoh: Razif Nanyan, Ammar Zahar, Gobala Krishnnan, Mawardee, Razif Yusof dan beberapa lagi IM tempatan yang saya tak sempat nak tulis kat sini…

Untuk peniaga yang membuat produk pulak, dah la takde sibuk nak promote dan sebagainya, sebab dah ada affiliate, tapi still untung lagi dari setiap jualan. Kan ke tu lumayan? :)

4 – RISIKO YANG RENDAH

Risiko dalam berniaga internet ni memang rendah. Saya katakan rendah tu sebab, kalau anda dapat hasilkan produk yang berkualiti dan memang orang ramai perlukan, maka jualan anda akan memberangsangkan.

TAPI, kalau produk anda takde permintaan, maka kurang la jualan. Itu je.

Untuk affiliate, kalau produk tu tak bagus, maka diorang pun takde la nak menjual/promote sangat kat orang lain. So, sikit je la risiko tu.

OKlah. Itu je cerita saya buat masa ni. Akan datang saya akan share lagi berkenaan perniagaan internet ni.
Kalau anda rasa cerita saya ni sesuai untuk diselitkan kat mana-mana, silalah berbuat demikian.

Ada ilmu, kembangkan pada orang ramai. Biar ilmu tu bermanfaat.

Best Regards,
Fardaus Rahmat

Nak KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa… Baca Dulu..

November 22nd, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa yang saya nak kongsikan kat blog saya hari ni adalah berkenaan KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa.
Saya rasa kebanyakan orang memang rasa macam tu kan. Semuanya kita nak dapat dalam satu masa, tapi pada masa yang sama, strategi dan cara kita buat adalah tak berkenaan langsung. Jadi macam mana kita nak capai tujuan kita?

Mungkin beberapa strategi berikut dapat membantu saya dan anda dalam mencapai cita-cita. Kita tengok satu demi satu:

1 – Attitude atau SIKAP kita

SIKAP memainkan peranan penting dalam kejayaan kita. Boleh kata 99%? Lebih kurang macam tu lah. Kalau nak berjaya, kena lah ada sikap positif dalam apa juga yang kita buat. Buat kerja apa pun, kena la ada sikap positif. Kalau kita buat kerja, tapi tak berjaya, kena think positive. Mungkin ada yang tak kena dengan cara kita kerja, sebab tu kita tak berjaya. So, cari jalan dan fikirkan yang terbaik. Paling tidak, boleh dikongsikan dengan sesiapa yang kita percaya dan mungkin kita boleh dapat jalan penyelesaian.

Tapi semua ni perlukan usaha. Cakap senang lah. Kalau tak buat sendiri, mana kita tau? Betul tak?

Yang penting, kita kena terus berfikiran positif dalam menghadapi hari2 kita. Satu cara yang mungkin membantu, ambik sekeping POST IT NOTE … tulis sesuatu yang POSITIF dan tampalkan kat cermin kereta ke, cermin toilet ke, kat laptop anda ke… bila anda tgk POST IT NOTE tu, fikirkan macam mana sikap anda? Try lah…insyaallah ada kelainan nanti…

2 – Action atau Ambik Tindakan

Ini pun isu untuk saya sendiri dan kebanyakan orang lain. Saya dah baca macam-macam buku, ebook, pegi dengar seminar, pegi latihan… tapi still susah nak ambik tindakan… memang kelemahan saya. Tapi sejak dari itu, saya mula belajar dan cari pengalaman. Macam mana nak ambik tindakan sebenarnya?

Kalau anda ada perancangan, teruskan perancangan anda. Saya bagi contoh:

Saya berminat berniaga. Saya tak pasti muncul dari mana minat saya ni, tapi sejak saya kecik dulu pun ada gak saya tolong-tolong arwah ayah saya berniaga. Mungkin tak berapa berjaya, tapi alhamdulillah. Kami sekeluarga dapat hidup sederhana. Saya mula merancang berniaga online dan offline  sejak 1999, tapi saya cuma start pada 2004.

Kan lama tu? 5 tahun nak ambik tindakan? Tapi sekarang, bila saya dah boleh ambik tindakan, saya dapat tengok hasilnya sendiri… apa hasilnya? Saya dapat carik lebih RESOURCES dan CONTACT/BUSINESS NETWORK.. So, senang sikit nak cari produk dan menjual… Alhamdulillah, sekarang ada tudung sendiri, walaupun takde brand dan SOS pencicah sendiri… juga takde brand.. akan datang saya akan usahakan utk branding produk2 saya…

Macam mana? Convinced? Saya bagi satu lagi contoh:

Saya dok baca ebook-ebook orang… dan baru-baru ni saya terpanggil utk buat ebook saya sendiri. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat ebook sendiri, tapi sebab saya suka bagi alasan kat diri saya, sebab tu perancangan tu tak pernah diambil tindakan. Tapi saya setel perancangan saya dah, dan saya dah ambik tindakan. Akhirnya, dapat la produce satu ebook dalam bahasa Inggeris. Mungkin tak berapa menarik, tapi pada saya, information dalam ebook ni sangat berguna untuk newbies yang berminat nak berniaga di Internet.

Nak baca satu copy? KLIK SINI – tajuknya 13 Steps To Online Business

Kat atas tadi adalah contoh AMBIL TINDAKAN. Boleh anda usahakan? Ambik tindakan atas perancangan anda, baru la anda nampak hasilnya. JANGAN ASYIK merancang, tapi tak ambik tindakan.

3 – Tuliskan MATLAMAT & IMPIAN anda

Kenapa perlu kita tulis matlamat & impian kita? Kalau kita tulis, baru lah kita nampak apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Sama juga dengan perancangan seperti di atas tadi. Sebab tu kita perlu tuliskan apa yang kita mahukan. Tetapkan sasaran. Tetapkan destinasi kita. Usahakan untuk mencapai matlamat dan impian kita tu.

Pentingnya matlamat dan impian ni, kalau kita tak buat apa-apa pun, kita takkan dapat capai matlamat kita. Sebagai contoh, saya. Kalau saya asyik berangan nak berjaya dalam berniaga, tapi saya tak tetapkan matlamat saya, mesti saya takkan boleh berniaga & akan terus makan gaji.

Paling tidak pun, saya kena ada matlamat utk jangka pendek – 3 bulan hingga 12 bulan… lepas tu kena ada matlamat jangka panjang la pulak. Mungkin dalam 5 tahun, saya kena ada sekian, sekian. Baru lah boleh kita tuju ke matlamat kita dengan terancang.

4 – Apa yang anda fikirkan sekarang? Tulis idea anda…

Kenapa pulak nak kena tulis idea kita? Ni pun basic merancang. Kalau tak tulis idea-idea anda, agak2 dapat tak anda realisasikan idea-idea anda? Katalah anda nak berniaga …idea berniaga banyak… nak jual ebook, nak jual softwares, nak jual kasut, nak bagi perkhidmatan/servis design lah.. .apa lah… banyak lagi idea… tapi kalau tak tulis, mcm mana anda nak bagi keutamaan? Mana satu idea anda yang anda rasa berbaloi dan betul2 anda minat nak buat? Betul tak?

Kalau saya salah, tolong betulkan… :)

Perkara ni nampak je simple, tapi kalau tak pandai, memang kita tak boleh buat… senaraikan je apa dia idea yang anda ada utk perniagaan anda.. insyaallah anda akan nampak ke mana hasilnya nanti… TAPI, jangan lupa pada strategi nombor 2 tadi. AMBIL TINDAKAN.

Saya rasa panduan di atas cukup bermakna untuk saya. Mcm mana anda? Kongsikan pandangan dan idea anda dengan saya di sini. Kalau anda rasa tulisan saya berguna utk sesiapa, forwardkan la tulisan saya ni pada dia. Semoga dia ambil tindakan yg sepatutnya dan berjaya!

p.s. Kalau nak jadi pengedar tudung / sos pencicah saya, boleh la emel saya. :)

Sekian.
Terima kasih.

Konsep Perniagaan Terkini: Eat and Earn

June 20th, 2009

Hello,
RAKAN FRANCHISE RESTORAN DIPERLUKAN(IRC FRANCHISE SDN.BHD) -15 BUAH RESTORAN TELAH BEROPERASI SELURUH MALAYSIA, 100 BUAH LAGI BAKAL MENYUSUL DALAM MASA TERDEKAT. -SYARAT KELAYAKAN PALING MINIMA, LANGSUNG TIDAK MEMBEBANKAN. KEUNTUNGAN HARIAN/BULANAN SANGAT LUMAYAN SELAIN PENDAPATAN BERTERUSAN 41% SEBULAN DARI KEUNTUNGAN SELURUH CAWANGAN RESTORAN.

Makan Sampai Jadi JUTAWAN?

Berapakah Perbelanjaan Makan Minum Sekeluarga anda untuk Sebulan? RM300…RM400….500…600

Dimanakah anda Makan & Minum?
KFC..MC’D..Kafeteria..Coffee Shop..Nasi Kandar..Gerai Makan…
Dari kecil hingga dewasa anda makan di KFC, ada dapat diskaun?

Apa yang anda Dapat?
Kenyang sahaja.. Puas hati.. rasanya tak puas hati (Mahal)….tak pasti kalau tentang orang lain..

Dengan konsep perniagaan ini anda boleh makan dan boleh dapat duit hari2..
Dapat Makan Free di Semua Oulet di Malaysia
Dapat Tunai Rm90 – Rm1314 setiap hari

Sekarang restoran ini telah mempunyai lebih dari 20 buah outlet di seluruh Malaysia yang setaraf dengan syarikat lain seperti Oldtown coffee House, KFC, McD dan lain2 lagi dimana harga makanannya di Island Red Cafe jauh lebih murah daripada yang Outlet lain dan berkualiti.

Syarikat mensasarkan untuk membuka lebih dari 100 Outlet pada tahun ini 2009 dan akan memperluaskan perniagaannya ke pasaran Global. KFC dari luar Negara ke Malaysia. Island Red cafe satu2nya Franchise dari Malaysia ke luar Negara.

APA KELEBIHANNYA?

Kelebihan menjadi Member Island Red Cafe Sdn Bhd :-

1) Dapat Voucher makan bernilai RM300 sekiranya anda join Package Minima RM360 dan Tiada Expired date.

2)Dapat IRC Member Card dan Membership seumur hidup.

3) 15% diskaun jika bayar cash (Hanya di Island Red Cafe dan Partnershipnya. Tidak di KFC, Mcd, Oldtown dan lain2)

4)Top up dapat extra 20%. Contoh Prepaid makan anda sudah habis. Anda Top up Rm100, syarikat bayar Voucher makan bernilai Rm120.

5)Dapat System Island Red Cafe. Dimana kita dapat lihat dan aturkan segala aktiviti melalui internet. Sama seperti teknologi Maybank2u.

6)Berpeluang Menjana pendapatan Hari – hari.

Minat?  Email saya: convistudio@gmail.com

Thanks.