Posts Tagged ‘Rasa’

Perodua ALZA – Perodua Baru Macam MPV

November 24th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam berkesempatan jenguk2 showroom Perodua kat Kota Damansara. Ramai orang malam tadi. Nak tengok kereta baru perodua tu lah… ALZA – kereta juga MPV…  faham ke? hheeheh

So, kenapa Perodua kata Alza ni kereta juga MPV? Sebabnya, dia perform macam kereta, pada masa sama, dia juga nak jadi MPV. Sebab ada lebih 2 tempat duduk kat barisan ketiga. Sebab tu jek.

Saya rasa saingan terdekat Alza adalah Proton Persona. Ada orang kata Alza ni nak fight market dengan Exora, tapi saya rasa tak sangat lah… sebab Proton Exora ada marketnya sendiri dan ada kelebihannya sendiri. Proton Exora lagi besar, lagi bnyk ruang dan enjin nya pulak 1.6.

Alza ni tak lebih macam kereta pada pandangan saya. Alza ada 5+2 tempat duduk. So, jadi la 7 tempat duduk. Daripada pemerhatian saya malam tadi, ada beberapa point yang saya rasa boleh saya kongsikan kat blog saya utk pembaca semua.

1 – Tempat duduk – OK, takde masalah dengan tempat duduk dia… ada org kata tempat duduk barisan ketiga macam papan, tapi bila kereta dah keluar, ia tak lah seperti di sangka.

2 – Buatan Alza ni adalah OK – nampak mewah, tapi pada masa sama kualiti terjaga lah…

3 – Tayar – 15 inci

4 – Barisan ketiga sesuai utk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil. Tinggi tak leh lebih 170 sm. Kalau lebih, memang rasa sempit kat tempat duduk barisan ketiga.

5 – Warga tua adalah di galakkan duduk di barisan kedua utk memudahkan keluar dan masuk kereta.

6 – Enjin 1.5 macam Avanza, cuma bezanya, pembuatan enjin ni hampir sepenuhnya dibuat di Malaysia.

7 – Ruang kargo, pada saya limited lah. Kalau nak ruang lagi besar, kena la tolak tempat duduk barisan ke tiga tu… dapat la ruang lebih… bila dah ada ruang, boleh jadi tempat tidur utk anak2 kalau perjalanan jauh.

8 – Lampu meter adalah optitron – utk versi manual standard, lampu kaler oren. Versi automatik dia kaler biru.

9 – Utk versi automatik, gear lever adalah di dashboard. Ada tempat duduk kecik kat tengah antara driver & passenger kiri.

10 – Handbrake utk manual adalah di tempat biasa. Handbrake utk auto, Alza guna foot brake. Tgk kat slideshow atas.

11 – Pemanduan? Takde komen, sebab dah malam. Tak sempat test drive lah. Tapi utk enjin 1.5, pada saya sepatutnya pemanduan adalah seperti biasa. Macam drive kereta auto gak.

Nak bagi tahu apa lagi ye? Kalau nak tau lebih lagi, sila2 lah ke showroom perodua berdekatan.

Verdict saya: Sesuai utk mereka yang nak kan kereta lebih besar, tapi tak nak ambik MPV.

Nak brochure ALZA nih? KLIK SINI
Thanks.
Fardaus Rahmat

Nak KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa… Baca Dulu..

November 22nd, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa yang saya nak kongsikan kat blog saya hari ni adalah berkenaan KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa.
Saya rasa kebanyakan orang memang rasa macam tu kan. Semuanya kita nak dapat dalam satu masa, tapi pada masa yang sama, strategi dan cara kita buat adalah tak berkenaan langsung. Jadi macam mana kita nak capai tujuan kita?

Mungkin beberapa strategi berikut dapat membantu saya dan anda dalam mencapai cita-cita. Kita tengok satu demi satu:

1 – Attitude atau SIKAP kita

SIKAP memainkan peranan penting dalam kejayaan kita. Boleh kata 99%? Lebih kurang macam tu lah. Kalau nak berjaya, kena lah ada sikap positif dalam apa juga yang kita buat. Buat kerja apa pun, kena la ada sikap positif. Kalau kita buat kerja, tapi tak berjaya, kena think positive. Mungkin ada yang tak kena dengan cara kita kerja, sebab tu kita tak berjaya. So, cari jalan dan fikirkan yang terbaik. Paling tidak, boleh dikongsikan dengan sesiapa yang kita percaya dan mungkin kita boleh dapat jalan penyelesaian.

Tapi semua ni perlukan usaha. Cakap senang lah. Kalau tak buat sendiri, mana kita tau? Betul tak?

Yang penting, kita kena terus berfikiran positif dalam menghadapi hari2 kita. Satu cara yang mungkin membantu, ambik sekeping POST IT NOTE … tulis sesuatu yang POSITIF dan tampalkan kat cermin kereta ke, cermin toilet ke, kat laptop anda ke… bila anda tgk POST IT NOTE tu, fikirkan macam mana sikap anda? Try lah…insyaallah ada kelainan nanti…

2 – Action atau Ambik Tindakan

Ini pun isu untuk saya sendiri dan kebanyakan orang lain. Saya dah baca macam-macam buku, ebook, pegi dengar seminar, pegi latihan… tapi still susah nak ambik tindakan… memang kelemahan saya. Tapi sejak dari itu, saya mula belajar dan cari pengalaman. Macam mana nak ambik tindakan sebenarnya?

Kalau anda ada perancangan, teruskan perancangan anda. Saya bagi contoh:

Saya berminat berniaga. Saya tak pasti muncul dari mana minat saya ni, tapi sejak saya kecik dulu pun ada gak saya tolong-tolong arwah ayah saya berniaga. Mungkin tak berapa berjaya, tapi alhamdulillah. Kami sekeluarga dapat hidup sederhana. Saya mula merancang berniaga online dan offline  sejak 1999, tapi saya cuma start pada 2004.

Kan lama tu? 5 tahun nak ambik tindakan? Tapi sekarang, bila saya dah boleh ambik tindakan, saya dapat tengok hasilnya sendiri… apa hasilnya? Saya dapat carik lebih RESOURCES dan CONTACT/BUSINESS NETWORK.. So, senang sikit nak cari produk dan menjual… Alhamdulillah, sekarang ada tudung sendiri, walaupun takde brand dan SOS pencicah sendiri… juga takde brand.. akan datang saya akan usahakan utk branding produk2 saya…

Macam mana? Convinced? Saya bagi satu lagi contoh:

Saya dok baca ebook-ebook orang… dan baru-baru ni saya terpanggil utk buat ebook saya sendiri. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat ebook sendiri, tapi sebab saya suka bagi alasan kat diri saya, sebab tu perancangan tu tak pernah diambil tindakan. Tapi saya setel perancangan saya dah, dan saya dah ambik tindakan. Akhirnya, dapat la produce satu ebook dalam bahasa Inggeris. Mungkin tak berapa menarik, tapi pada saya, information dalam ebook ni sangat berguna untuk newbies yang berminat nak berniaga di Internet.

Nak baca satu copy? KLIK SINI – tajuknya 13 Steps To Online Business

Kat atas tadi adalah contoh AMBIL TINDAKAN. Boleh anda usahakan? Ambik tindakan atas perancangan anda, baru la anda nampak hasilnya. JANGAN ASYIK merancang, tapi tak ambik tindakan.

3 – Tuliskan MATLAMAT & IMPIAN anda

Kenapa perlu kita tulis matlamat & impian kita? Kalau kita tulis, baru lah kita nampak apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Sama juga dengan perancangan seperti di atas tadi. Sebab tu kita perlu tuliskan apa yang kita mahukan. Tetapkan sasaran. Tetapkan destinasi kita. Usahakan untuk mencapai matlamat dan impian kita tu.

Pentingnya matlamat dan impian ni, kalau kita tak buat apa-apa pun, kita takkan dapat capai matlamat kita. Sebagai contoh, saya. Kalau saya asyik berangan nak berjaya dalam berniaga, tapi saya tak tetapkan matlamat saya, mesti saya takkan boleh berniaga & akan terus makan gaji.

Paling tidak pun, saya kena ada matlamat utk jangka pendek – 3 bulan hingga 12 bulan… lepas tu kena ada matlamat jangka panjang la pulak. Mungkin dalam 5 tahun, saya kena ada sekian, sekian. Baru lah boleh kita tuju ke matlamat kita dengan terancang.

4 – Apa yang anda fikirkan sekarang? Tulis idea anda…

Kenapa pulak nak kena tulis idea kita? Ni pun basic merancang. Kalau tak tulis idea-idea anda, agak2 dapat tak anda realisasikan idea-idea anda? Katalah anda nak berniaga …idea berniaga banyak… nak jual ebook, nak jual softwares, nak jual kasut, nak bagi perkhidmatan/servis design lah.. .apa lah… banyak lagi idea… tapi kalau tak tulis, mcm mana anda nak bagi keutamaan? Mana satu idea anda yang anda rasa berbaloi dan betul2 anda minat nak buat? Betul tak?

Kalau saya salah, tolong betulkan… :)

Perkara ni nampak je simple, tapi kalau tak pandai, memang kita tak boleh buat… senaraikan je apa dia idea yang anda ada utk perniagaan anda.. insyaallah anda akan nampak ke mana hasilnya nanti… TAPI, jangan lupa pada strategi nombor 2 tadi. AMBIL TINDAKAN.

Saya rasa panduan di atas cukup bermakna untuk saya. Mcm mana anda? Kongsikan pandangan dan idea anda dengan saya di sini. Kalau anda rasa tulisan saya berguna utk sesiapa, forwardkan la tulisan saya ni pada dia. Semoga dia ambil tindakan yg sepatutnya dan berjaya!

p.s. Kalau nak jadi pengedar tudung / sos pencicah saya, boleh la emel saya. :)

Sekian.
Terima kasih.