Posts Tagged ‘Salam Sejahtera’

Salam Ramadhan Dari Fardaus Rahmat

August 10th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kehadapan semua pembaca blog saya,

Saudara/Saudari yang budiman,

Alhamdulillah… tahun ni Ramadhan muncul lagi dan seperti biasa ia disambut dengan meriah oleh saya. Kurang pasti pulak bagaimana sambutannya di kalangan para pembaca. :) Walau apa pun, saya doakan semuanya berjaya menghadapi dan menempuhi bulan Ramadhan dengan taqwa dan memperoleh keampunan dari Nya.

Kalau takde aral melintang, esok, insyaallah, seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Tak kira siapa, samada yang sihat / cacat / ibu mengandung / sesiapa saja yang beragama Islam, akan menjalani ibadah puasa – dan mahu merebut segala peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah, sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Malam nanti, masjid-masjid / surau-surau akan dipenuhi dengan umat Islam yang bersedia utk bersolat sunat Tarawih.. Malam nanti dan malam-malam seterusnya dalam bulan Ramadhan nanti akan menjadi lebih indah, cantik dan lebih mengusik perasaan!

Betul… Ramadhan datang lagi… tapi agaknya, sempat tak kita menemui Ramadhan lagi selepas ini? Dapatkah kita jalani ibadah puasa kita seperti yang dikehendaki dalam Islam? Alangkah sayangnya apabila kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa mendapat keberkatan Nya, keampunan dan ganjaran dari Nya.

Sempena Ramadhan ini, saya sarankan diri saya dan pembaca juga agar meneruskan usaha berjimat cermat… Bukan apa, biasanya kita tgk umat Islam yang berpuasa, rata-ratanya semakin banyak membeli belah pada bulan Ramadhan. Mungkin pandangan ini  berbeza dari setiap orang… masing2 ada pandangan masing2… tapi pada saya, berjimat ni memang menjadi keperluan setiap masa… Biasanya dalam bulan Ramadhan ni…pengurusan kewangan menjadi tercabar… hehhe…

Maklumlah…bila balik dari pejabat…mesti lalu kat kawasan bazaar Ramadhan… penuh sesak dengan pelanggan yang mencari juadah berbuka… bila perut lapar, semua nampak sedap kan?? mmmmm… macam-macam kuih, lauk pauk ada dijual…

Kemudian dari tu, kena sediakan bajet utk pakaian raya / duit raya / kasut raya dan lain-lain lagi… sebab tu la pengurusan kewangan tercabar kan? Kalau tak betul, maybe boleh share pandangan saudara/saudari kat sini….  :)

Natijahnya di sini, apa yang saya nak kongsikan ialah: Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang sangat2 dituntut kita membanyakkan ibadah dan memohon keampunan atas dosa-dosa lampau kita. Disamping itu, kita boleh mengajar diri kita untuk berjimat dalam kehidupan kita dan seterusnya memperbetulkan pengurusan kewangan kita.

Sedikit tip pengurusan yang saya nak kongsikan, berdasarkan pembacaan dan perkongsian cerita dengan kawan2 lain:

a – Buat audit utk perbelanjaan harian kita. Selaraskan pembelian kita. Jangan la tiap2 hari singgah kat bazaar Ramadhan

b – Lanjutan dari (a) – masak sendiri juadah berbuka. :) Sedap & berkat….

c – Buat la list / senarai apa yang nak dibeli… jangan la ikut suka hati je… tapi kalau dah banyak sangat duit, tak tau nak buat apa… tak kisah lah… hehhe… cuma jangan lupa bayar zakat fitrah dah le ye….

d – Kelengkapan raya? Beli la awal… kalau nak beli sekarang pun boleh… kan sekarang ni tengah mega sale… elok beli sekarang…  :)

Dah la tu… belum puasa lagi dah cerita pasal Raya pulak ye?? hehhe

Lastly dari saya: Usahakan lah puasa yang terbaik, bayar zakat fitrah awal dan ingatlah bahawa, kemeriahan Syawal nanti terletak pada roh dan kemeriahan Ramadhan itu sendiri dan bukan dari apa barangan yang dah kita beli…

Wassalam & Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Ikhlas,
Fardaus Rahmat

Related and Relevant Stories

Bisnes Internet – Boleh Ke Mula Terus Walaupun Takde Produk Atau Website?

June 27th, 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Berbalik kepada tajuk di atas…

Boleh ke? Adakah anda rasa ianya sesuatu yg mustahil? Tak boleh dilakukan?

Pada saya, ianya LOGIK dan sangatlah mudah dilakukan. Sebenarnya, bisnes kat internet ni dah semakin mudah dan sangat2 dipermudahkan.

Sebab apa saya kata macam tu?

Pada masa kini, anda tak perlu risau nak pikir pasal produk / buat website / nak carik idea / atau apa2 jugak berkenaan bisnes internet.

Kita ada bnyk pilihan utk buat bisnes di internet ni. Satunya, MINAT / HOBI kita…. kalau ada minat/hobi yng menarik, mesti boleh buat bisnes.

Katalah anda ada minat / hobi ambik gambar… dan kawan2 anda kata skill anda ambik gambar macam PRO… tak kiralah anda sebenarnya PRO atau TIDAK, jangan risau…teruskan minat anda ambik gambar, sambil tu… cuba sharekan gambar2 yg anda ambik tu dgn kawan2 lain, dan tanya…boleh ke jual gambar tu, atau anda cuba ambil gambar pengantin ke… kawan2 kawin pun dah ok skrg ni…utk sehari punya keje ambik gambar kenduri kawin, dapat RM300 ke RM500….ok la kan? Sapa nak bagi kalau kita tak keje? ehehh

Kalau anda tak tau apa minat / hobi anda – anda boleh usahakan menjual produk org lain… yg ni kita namakan affiliate marketing…

Anda kenal sesiapa yg berniaga di internet? Anda boleh hubungi beliau, tanya pada dia – boleh tak saya jual produk yg anda jual skrg? Kalau boleh, adakah saya akan dapat komisen? kalau ada komisen dan keuntungan sekaligus… lagi bagus… hehe

Komisen yg anda dapat daripada penjualan produk kawan anda tadi…adalah pendapatan anda!

Ni bisnes paling mudah di internet!

Nak contoh lain lagi? Saya kongsikan dua peluang bagus di sini:

http://www.convistudio.com/bizsegera.php

ATAU

http://www.convistudio.com/jomjadiboss.php

Semua peluang di atas memberikan anda kebebasan utk berniaga di internet.

Akhir kata buat hari ni… selamat maju jaya & semoga bisnes anda di internet semakin maju. Amin.

Salam Sejahtera & Terima kasih.
Fardaus Rahmat

Related and Relevant Stories

Pencapaian Saya Selama Sehingga Bulan May 2010

June 6th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan2,

Masa berlalu dengan pantas kan? Kejap je dah bulan June…maknanya, dah lima bulan kita dalam tahun 2010.

Dah setengah tahun dah… macam mana dengan azam kawan2 utk tahun 2010 ni? Dah banyak yang tercapai?

Bagi saya, alhamdulillah.. bnyk yang saya rancangkan dah menjadi… dan ada juga yang belum menjadi..

Tapi pada saya, saya dah separuh perjalanan insyaallah. Mungkin ada rancangan yang tak akan jadi kenyataan buat tahun ni, tapi saya akan tetap cuba realisasikan nya nanti.

Antara projek yang dah boleh saya kira berjaya:

1 – Perniagaan tudung PrettyStylo bersama isteri tersayang

2 – Perniagaan membekal dan menjual t-shirt MY POLO dan produk2 t-shirt lain dan juga premium gift

3 – Membuka ebay store sendiri… (sebelum ni cuma angan2 jek)… :) tapi barangan/produk belum bnyk…

saya sedang usahakan utk menambah produk dlm ebay store saya

4 – Pemasaran Affiliate – alhamdulillah… dapat income sikit2 daripada program PPL / pertandingan affiliate dan sebagainya yang sama waktu dengannya… alhamdulillah

Apa lagi? Yang saya nak kongsikan hari ni, adalah lebih kepada perniagaan di alam maya / internet dan langsung tak berkaitan dengan kerja full time saya kat opis… hehe

Sebenarnya… keje2 kat opis lagi banyak…tapi dah minat ke bisnes internet ni sangat…kita usahakan semuanya sekali jalan…

Apa yang penting….kerjasama…

Apa yang penting….kerjasama…

(Lagu WONDERPETS)… :)

Begitulah serba sedikit perkongsian saya dengan kawan2 sekelian. Kalau nak tau lebih berkenaan perkembangan saya selanjutnya… boleh add saya kat Facebook :  http://www.facebook.com/fardaus.rahmat

Oklah… itu je buat masa ni…

Salam perniagaan dan terima kasih atas sokongan kawan2 semua.

Fardaus Rahmat

Related and Relevant Stories

Perniagaan POLO TEE – MY POLO – Berita

April 16th, 2010


Related and Relevant Stories

Kasut CROCS – Pilih Saiz Yang Sesuai Dengan Kaki Anda

April 14th, 2010
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Macam mana hari saudara/saudari hari ni? Harap-harap semuanya berjalan lancar lah. Tak kiralah bekerja makan gaji ke, bekerja sendiri ke atau pun berniaga.
Dah buat keputusan untuk beli kasut Crocs? Dah buat survey kat butik Crocs kasut mana yang berkenan di hati? Kasut Crocs ni makin lama makin menjadi sebutan pulak. Bila kita kata kasut Crocs, bukan la maknanya kita nak beli kasut kulit buaya (crocodile) tu.. tapi kasut jenis baru yang dibuat dari “closed-cell resin” atau bahasa mudahnya – plastik.
Kasut Crocs ni asalnya dari Canada, tapi company Crocs ni sekarang based kat Boulder, Colorado. Kasut ni datang dalam pelbagai model dan warna. Kebiasaannya, kasut Crocs ni ada lubang udara samada di bahagian depan kasut, atau di bahagian tepi kasut.
Kalau dah ada keputusan, maka inilah masanya utk memastikan bahawa kasut Crocs yang anda pilih tu menepati saiz kaki .

Kenapa Penting Sangat Saiz Kasut Crocs Ni?

Bila nak pilih kasut Crocs ni, sebenarnya senang je. Kasut Crocs ni sepatutnya muat dengan molek utk kebanyakan kaki. Sisi kaki anda tak boleh la tersentuh sangat dengan sisi kasut. Faham ke? Ibu jari kaki sepatutnya tak menyentuh depan kasut. Kalau ibu jari kaki menyentuh bahagian depan kasut, maknanya kasut tu sempit dan tak selesa.
Apa yang saya nak cadangkan – pegi ke mana-mana butik Crocs yang berdekatan, try pakai mana-mana model yang anda berkenan dan tengok size mana yang sesuai dengan kaki anda.
Bagi mereka yang tak pernah cuba kasut Crocs dan butik Crocs pulak jauh dari rumah atau opis, maka anda boleh guna saiz kasut biasa anda dan bandingkan dengan jadual di bawah. Itu je cara yang sesuai buat masa ni.

Pastikan Ada Ruang

Masa memilih kasut Crocs, pastikan ada ruang yang mencukupi bila kaki anda memasuki ruang kasut.
Bila pakai kasut Crocs, at least ada ruang lega antara ibu jari dengan depan kasut dan sikit ruang pula bahagian belakang kaki dengan ‘strap’ kasut Crocs. Dalam bahasa mudah, fit utk Crocs ni sebenarnya loose. Yang penting selesa lah ye.

Kesimpulannya, semasa memilih kasut Crocs anda, pastikan anda selesa dengan kasut tersebut. Kadang2 anda akan terasa seperti kasut itu ketat, tapi ada cara nak longgarkan sikit… contohnya, tarik strap / tali belakang kasut tu sebelum pakai… oleh kerana kasut Crocs ni made from plastik, maka senang la nak bagi dia fit dengan kaki kita. :)

Oklah… itu je celoteh pasal kasut Crocs … kalau ada yg berminat… boleh order dengan saya…

Terima kasih.

Related and Relevant Stories