Posts Tagged ‘Segi’

Bahasa Inggeris – Perlu Ke Untuk Berniaga?

February 17th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ni saya nak bawa pembaca semua memikirkan tentang perkara di atas. Penting ke bahasa Inggeris ni dalam perniagaan kita? Bukan apa, saya tanyakan tuan/puan ni pun, sebab ada kalangan rakan-rakan saya yang bertanya pada saya. Jadi, kalau tuan/puan ada sebarang komen, boleh la tinggalkan komen tuan/puan dalam kotak kat bawah tulisan saya ni…

Berbalik kepada soalan di atas.

Jawapan saya:  SAMA ADA ANDA BERNIAGA ATAU ANDA BEKERJA, BAHASA INGGERIS ADALAH KEPERLUAN PADA MASA KINI DAN AKAN DATANG

Anda boleh berniaga atau bekerja dengan kemahiran bahasa ibunda anda… tapi sekiranya anda ada kemahiran berbahasa Inggeris, kerja atau perniagaan anda akan nampak bertambah profesional. Dari segi perniagaan, setakat di dalam Malaysia, takde masalah kalau nak guna bahasa Melayu sepenuhnya… tapi, kemahiran bahasa Inggeris dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan seterusnya menambah minat mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk mendapatkan khidmat anda.

Jadi, anda nampak tak pentingnya bahasa inggeris ni dalam perniagaan kita?

Betul… akan ada orang yang kata… “kalau aku tak pandai bahasa inggeris pun, kalau ada ramai kawan2 aku yang support aku, mesti aku boleh berjaya…” …

TAPI,

Berapa ramai kawan kita yang sanggup support kita? Yg boleh sama-sama lalui keadaan susah kita? Daripada beribu kawan kita, mungkin cuma 2 je yang betul2 boleh diharap…yang lain…dah semestinya ada agenda masing2… betul tak?

Di sini pentingnya “networking” atau rangkaian dalam perniagaan. Kalau kita nak establish rangkaian hanya dari kalangan mereka yang berbahasa melayu saja, boleh… tapi limited market lah… kalau kita boleh networking dengan mereka yang berbahasa inggeris, dah tentu network kita semakin besar… kan?

So, kesimpulannya, bahasa inggeris adalah penting pada saya… :)

Thanks.
Fardaus Rahmat

p.s: Anda inginkan sebuah ebook berbahasa Melayu? PERCUMA je… setiap langkah dalam memulakan perniagaan anda diberitahu secara jelas… anda boleh tengok langkah jadi Jutawan Paypal ni…

Mari BerJimat, Tapi Macam Mana Caranya?

February 4th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dah agak lama saya tak menulis dalam blog saya ni. Harap dapat maafkan lah “ketidak hadiran” saya selama beberapa minggu ni…

This time around, saya berminat nak cerita pasal BERJIMAT. Saya rasa, semua orang nak berjimat dan ramai yang merancang untuk berjimat… tapi ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya… Berjaya bila mana kita nampak ada peningkatan dari segi simpanan kita… atau mungkin kita ada lebihan pendapatan pada hujung bulan…

Tapi tak berjaya bila apa yang kita rancangkan, tak membawa perubahan pada simpanan kita atau pada pendapatan kita… makin lama makin kurang pulak.. .:) tu yang susah tu… last-last, tak jadik la nak berjimat…

Dalam keadaan ekonomi sekarang, saya rasa kita perlu berjimat dengan apa cara sekalipun… tapi ni pandangan saya lah.. bagi yang berkemampuan, tak berjimat pun takpe… mereka tak kisah apa berlaku pada dunia mereka pun… heheh… jangan marah ye..

Apa yang saya nak kongsikan dengan pembaca hari ni adalah, kita sebenarnya boleh berjimat… cuma, antara sedar dan tidak, perkara tu kita dah buat sebenarnya… tapi tak direkodkan… sebab tu kita tak berjaya dalam penjimatan kita..

Apa yang kita boleh buat untuk berjimat sebenarnya? Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya dan pengajaran dari kisah rakan-rakan saya.

1 – Jaga harta benda yang kita ada elok-elok

Sebab apa saya kata jaga harta kita? Kalau kita jaga harta benda kita elok-elok, maka harta kita akan tahan lama… bila dah tahan lama, kita tak perlu la asyik nak tukar je.. contoh: kalau kita ada motor, jaga elok2 motor tu… service bila sampai masa, tukar minyak hitam, masuk 2T, tukar mana yang haus…drive elok2… for sure JIMAT.

2 – Drive kereta atau motor elok2

Yang ni agak subjektif, tapi pada saya, still ada penjimatan kalau dibuat dengan berhemah. Kenapa perlu drive elok2?

Bila kita memandu secara berhemah, kita dapat kurangkan penggunaan petrol dan kereta atau motor kita akan berada dalam keadaan baik… bila dah dalam keadaan baik, kos utk maintenance kereta/motor tu pun kurang… dapat la kita berjimat… 2X… satu jimat guna petrol… satu lagi jimat kos maintenance.. buleh nampak?

Memandu secara berhemah ni subjektif, sebab kita kadang2 tak perasan style memandu kita… cadangan saya, tekan pedal minyak mengikut keadaan… tak tergopoh2.. tapi kadang2 kita memang mengejar masa… jadi, tak dapat la berjimat pada masa tu… bila kita drive makin laju, makin kerap la kita isi minyak… :)

3 – Refinance loan rumah anda

Yang ni menarik… tapi kena tengok masa … dari satu sudut, bila dapat refinance loan rumah dan kadar interest adalah best, kita bukan je dapat berjimat… malah dapat duit lebih lagi..insyaallah… :)

Kalau anda ada loan rumah, cuba tanya bank anda sekarang… kalau nak refinance macam mana… berapa % interest dan sebagainya… kalau anda dah faham, mesti anda nampak penjimatan yang saya cuba nak sampaikan… belum nampak?

Oklah…contoh:

Loan rumah skrg: RM100,000.00
Interest skrg: 7.0%
Bayaran bulanan skrg: RM900

Bila anda refinance rumah anda, harga loan akan berubah sebab nilai rumah mungkin dah naik mendadak… jadi, ambil kira faktor harga rumah terkini dan tgk contoh bawah:

Harga rumah skrg: RM200,000.00
Interest skrg: 3.9%

Bila refinance, maybe bank boleh bagi up to 90% loan dari harga rumah… katalah dapat refinance dengan loan RM170,000.00.

Dengan interest rate yang rendah, bayaran bulanan utk loan anda akan berkurang sikit. Dulu maybe anda bayar RM900, dengan loan baru RM170,000.00, walaupun lebih tinggi dari loan asal, anda dapat buat duit tu… berapa beza RM100,000 dengan RM170,000? Banyak tu… RM70, 000 boleh guna utk bayar loan rumah yang baru atau, buat savings dalam mutual fund ke, atau beli aset baru… bayaran bulanan loan yang baru paling banyak pun RM800 sebulan.. dah jimat RM100 sebulan…  amacam? Ke tak faham? :)

Tapi yang saya cerita kat atas tu contoh je… anda buat kira2 sendiri lah nanti ye… cuba risik2 dulu dengan bank loan rumah anda skrg… heheh

4 – Jimatkan Penggunaan Elektrik / Air

Haaaa… yang ni penting… cuma kita tak perasan… dan sekali lagi, perkara ni subjektif dan personal pada individu.

Sebab apa saya kata personal, sebab ada setengah orang tu memang dia tau, kalau pasang lampu lama-lama, tapi orang takde dalam bilik tu, itu namanya membazir… tapi ada setengah orang, dia tak kisah pun kalau lampu tak off terus… sebab pada dia, bil elektrik dia tak banyak mana pun… dia mampu bayar..

TAPI, kalau nak berjimat… pastikan anda OFF suis lampu dan tutup paip air anda bila tak guna… kalau nak basuh baju guna washing machine, kumpulkan pakaian yang nak dibasuh dan cuci sekaligus… so, jimat air dan elektrik..

5 – ASTRO ke siaran TV biasa?

Tanya diri anda… perlu ke ada astro kat rumah? ke cukup dengan RTM, TV3 dan sebagainya? Kalau cukup siaran biasa, teruskan siaran biasa jek… sebab tu percuma… kalau nak guna ASTRO, pastikan anda tau channel mana nak guna.. kalau ada channel yang anda tak guna, membazir je bayar banyak2 kat astro tu… pastikan anda memang akan tengok channel2 yang anda bayar… OK? Kalau anda pilih channel yang berkaitan, anda mungkin akan spend cuma dalam RM55 je sebulan… kalau anda ambik semua channel dalam Astro, saya rasa mau kena bayar lebih RM100… mana yang boleh jimat… jimat la ye…

6 – Internet – Mobile Broadband ke Streamyx?

Untuk yang ni, anda kena pikir sendiri lah… perlu ke tak internet connection kat rumah… kalau nak guna internet sekalipun, dan cuma nak guna utk tgk email, facebook kadang2, boleh la guna line internet biasa… tak mahal sangat..

Kalau guna streamyx ke atau mobile broadband… at least kena spend RM50 sebulan.. fikir-fikirkan lah… ye…

So, apa kata anda? Agak2 bleh ke anda berjimat dengan sedikit tips saya bagi kat atas? Maybe anda boleh share dengan saya tips berjimat yang anda tau…

Sekian, wassalam.

Dulu Twitter, Sekarang SOKULE

November 5th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca.

Pernah dengar pasal TWITTER? Tau ke apa benda Twitter tu?

Twitter ni sebenarnya sejenis platform untuk blogging. Senang cerita, sesiapa yang suka berblog, dia mungkin boleh jadi seorang twitterer. Twitter ialah microblogging platform. Sebab apa MICRO? Sebab twitter ni cuma bagi kita buat mesej dalam 140 huruf. Sebab tu dikira micro.  Kalau buat blog biasa, kita boleh taip macam-macam yang kita nak cerita. Unlimited.

Dengan Twitter, anda boleh hantar mesej anda, tak kiralah jualan ke, update kehidupan seharian ke, sekadar nak bercerita ke.. terpulang la pada anda. Kalau nak lebih maju, anda perlu ada pengikut yang sentiasa mengikuti perkembangan perniagaan atau diri anda dalam twitter. Senang je nak tambah pengikut dlm twitter ni. Bnyk cara yang anda boleh dapat kan secara percuma dari Google atau anda boleh guna cara berbayar (PPC ke, apa ke.. ) ikut kesesuaian yang anda rasakan. Ni salah satu cara:  SOCIAL OOMPH
Nak jadik twitterer? Boleh follow saya kat sini http://www.twitter.com/convistudio
Next, kenapa pulak sekarang ada SOKULE? Saya cuma nak share, SOKULE lagi best!
Sebab kita boleh buat duit dari post kita kat twitter. Cemana pulak ni? Kan dua-dua nya lain? Satu SOKULE, satu lagi Twitter?
Macam ni: SOKULE ni satu lagi social networking community yang boleh hantar tweet kita kat Sokule, twitter dan 40 lagi laman web pilihan macam facebook, delicious, dan lain-lain. Cara sebut dia – SO COOL

Sokule ni macam twitter, CUMA lebih baik dari segi penyampaian dan penampilan nya.  Sokule ni ialah twitter yang di monetized. Maknanya, kalau guna twitter cuma utk hantar mesej dan dapatkan pengikut, tapi dengan sokule, anda boleh dapat duit bila pengikut anda UPGRADE akaun mereka, daripada akaun Percuma kepada akaun Berbayar.

Pendek kata, sokule ada banyak yang nak ditawarkan. Program affiliate dia pun boleh tahan dan banyak pilihan. Kalau pengikut anda upgrade kepada salah satu akaun berbayar, anda akan dapat 20% ke 50% komisyen!
Nampak peluang Sokule kat sini? Boleh tgk dulu, takde masalah. Klik je sini
Sekarang bayangkan lah kalau anda ada 100 pengikut (kita panggil mereka “Trackers”) yang baca mesej anda (kita panggil mesej tu “squeeks”), lepas tu mereka upgrade akaun mereka. Kan bnyk komisen kita dapat tu!

Marilah kat sini…. SOKULE FARDAUS RAHMAT

Saya senaraikan antara kelebihan SOKULE kat bawah ni:

1 – Squeeks kita di post kat sokule, twitter dan 40 laman social lain SEGERA. Kawan-kawan dan pengikut anda takkan tertinggal apa yang anda update.

2 – Squeeks untuk ahli berbayar boleh sampai 500 huruf! Lebih dari cukup utk menulis macam-macam update. Kalau ahli biasa, cuma 140 huruf je…

3 – Anda boleh masukkan link yang boleh diklik kat profile page anda!

4 – Boleh letak sehingga 5 keping gambar dalam profile page anda!
5 – Jadualkan post anda untuk masa-masa tertentu. Maknanya, anda boleh pegi bercuti, tapi akaun anda nampak macam anda terus melakukan posting.

6 – SOKULE benarkan anda ajak semua pengikut twitter anda untuk join SOKULE!

Macam mana? Minat? Terus tengok dulu peluang ni: Peluang SOKULE

Pastikan anda ambik peluang ni.

Thanks.
Fardaus Rahmat

p.s: Ada saya cerita saya dah buat ebook pertama saya? Boleh tengok sini – ebook Fardaus Rahmat