Posts Tagged ‘Tapi’

Bahasa Inggeris – Perlu Ke Untuk Berniaga?

February 17th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ni saya nak bawa pembaca semua memikirkan tentang perkara di atas. Penting ke bahasa Inggeris ni dalam perniagaan kita? Bukan apa, saya tanyakan tuan/puan ni pun, sebab ada kalangan rakan-rakan saya yang bertanya pada saya. Jadi, kalau tuan/puan ada sebarang komen, boleh la tinggalkan komen tuan/puan dalam kotak kat bawah tulisan saya ni…

Berbalik kepada soalan di atas.

Jawapan saya:  SAMA ADA ANDA BERNIAGA ATAU ANDA BEKERJA, BAHASA INGGERIS ADALAH KEPERLUAN PADA MASA KINI DAN AKAN DATANG

Anda boleh berniaga atau bekerja dengan kemahiran bahasa ibunda anda… tapi sekiranya anda ada kemahiran berbahasa Inggeris, kerja atau perniagaan anda akan nampak bertambah profesional. Dari segi perniagaan, setakat di dalam Malaysia, takde masalah kalau nak guna bahasa Melayu sepenuhnya… tapi, kemahiran bahasa Inggeris dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan seterusnya menambah minat mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu untuk mendapatkan khidmat anda.

Jadi, anda nampak tak pentingnya bahasa inggeris ni dalam perniagaan kita?

Betul… akan ada orang yang kata… “kalau aku tak pandai bahasa inggeris pun, kalau ada ramai kawan2 aku yang support aku, mesti aku boleh berjaya…” …

TAPI,

Berapa ramai kawan kita yang sanggup support kita? Yg boleh sama-sama lalui keadaan susah kita? Daripada beribu kawan kita, mungkin cuma 2 je yang betul2 boleh diharap…yang lain…dah semestinya ada agenda masing2… betul tak?

Di sini pentingnya “networking” atau rangkaian dalam perniagaan. Kalau kita nak establish rangkaian hanya dari kalangan mereka yang berbahasa melayu saja, boleh… tapi limited market lah… kalau kita boleh networking dengan mereka yang berbahasa inggeris, dah tentu network kita semakin besar… kan?

So, kesimpulannya, bahasa inggeris adalah penting pada saya… :)

Thanks.
Fardaus Rahmat

p.s: Anda inginkan sebuah ebook berbahasa Melayu? PERCUMA je… setiap langkah dalam memulakan perniagaan anda diberitahu secara jelas… anda boleh tengok langkah jadi Jutawan Paypal ni…

Global Domains International (GDI) – Internet Business Part II

December 11th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca budiman,

Saya nak berkongsi citer pasal GDI lagi hari ni… Global Domain International.

Dah baca cerita saya sebelum ni? Kalau belum, kena baca kat SINI dulu, lepas tu baca KEDUA ni pulak…

Dengan GDI ni, kita boleh beli domain kita dengan .ws atau pun dengan .com/.net/.info dan sebagainya…

Siapa dia GDI ni? Apa bisnes GDI ni sebenarnya? Seperti biasa… saya cuba utk cerita serba sedikit tentang syarikat GDI ni..

Ok.. macam ni.. .sebelum ni kita asyik tengok nama-nama domain dengan akhiran dotCOM atau dotNET dan sebagainya kan.. tapi dengan GDI ni, syarikat yang berpangkalan di USA ni dapat pengesahan daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (United State Department of Commerce) sebagai pembekal tunggal domain berstatus dotWS keseluruh dunia pada tahun 1999.

Dimudahkan cerita, GDI ni mencipta peluang dan pilihan kedua yang lebih mudah, iaitu, dotWS (maknanya WebSite). Contoh paling mudah: http://www.fardausrahmat.WS

GDI menyewakan tapak domain untuk orang yang ingin memiliki website sendiri. Perniagaan menyewakan tapak domain merupakan perniagaan yang sangat besar sekarang ini. Setiap hari berpuluh ribu pengguna di internet mendaftar dimana-mana syarikat yang menyediakan tapak domain untuk memiliki website sendiri.

Nak alamat GDI ni? Boleh hubungi mereka untuk pengesahan:

Global Domains International #30019
701 Palomar Airport Rd, Suite 300
Carlsbad, CA 92011
U.S.A.

Tel: (001) 760-602-3000
No Fax: (001) 760.602.3099
Email support: support@wsdomains.ws

Jadi, kenapa saya ajak anda semua bersama saya untuk join GDI ni?

Satu – Walaupun anda tak minat berniaga di internet, anda boleh buat duit dengan GDI, dan hasilnya boleh jadi sepanjang hayat!

FIKIRKAN :-

Sekarang ini ada lebih tiga billion orang yang boleh akses internet. Data menunjukkan bilangan pengguna internet semakin bertambah puluh ribu setiap hari. Daripada puluh ribu pengguna internet baru tu, hanya 1% sahaja yang mempunyai website sendiri. Dan pastinya anda berada pada masa yang betul untuk menyertai GDI diperingkat awal fenomena yang sedang melanda dunia sekarang ini. Pakar perangkaan menyatakan bahawa pada tahun 2015 akan terdapat 500 juta domain name atau website yang akan diwujudkan.

Nampak tak apa yang saya cuba tunjukkan?

Bayangkan berapa banyak peluang pendapatan yang anda akan perolehi dan ianya akan berterusan dan semakin bertambah. Bisnes GDI ni bukan dalam Malaysia je, malah luar negara – global – international. Jadi jika anda terbaca disini tentang GDI atau daripada orang lain, jangan tunggu lagi dan jangan ketinggalan atau anda akan ditinggalkan.

Dua – Kalau anda ajak orang lain untuk beli / sewa tapak domain dengan GDI, maka anda akan dapat KOMISYEN! Saya tak nak la citer lebih2 pasal komisyen ni.. yang penting… anda fahamkan dulu bisnes GDI ni apa dia sebenarnya. Komisyen ni la yang jadi pendapatan bulanan anda sepanjang hayat.

OK. Cukup la dua pilihan sebab saya utk tulisan kali ni.. lain kali saya share lagi pasal GDI ni… seronok bercerita pasal bisnes yang kita suka… :)

Utk tidak menambahkan lagi cerita.. saya berhenti menulis dulu setakat ni… ada sebarang pertanyaan, boleh call saya (+6018-3725262) atau email di (support@convistudio.com)

Sampai jumpa lagi.

Salam GDI!

Best Regards,
Fardaus Rahmat

p.s. Anda boleh lawati website GDI malaysia ni.. buleh jumpa dengan mereka yang dah berjaya dengan GDI ni.. KLIK SINI UTK JUMPA MEREKA

Global Domain International (GDI) – Awesome Internet Business (Part 1)

December 3rd, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca budiman sekelian,

Saya baru je berjinak dengan GDI (Global Domain International) ni. Anda dah nampak potensi GDI dalam artikel saya baru ni? Kalau tak sempat baca, boleh baca semula kat sini: GDI Awesome Business

Sebenarnya, saya dah pernah join GDI ni tahun 2007, tapi masa tu saya cukup2 tak faham, tak reti nak follow siapa dan macam-macam tak lagi… basically, saya banyak alasan lah. Senang cerita.

TAPI, sekarang saya dah nampak, sebenarnya GDI ni peluang yang cukup baik untuk kebanyakan orang buat duit dari internet. Saya re-join GDI baru2 ni… dan setelah lebih sebulan belajar, saya dah mula nampak sikit2 macam mana nak teruskan perniagaan GDI ni.

Of course, saya tak boleh la lawan taiko-taiko yang dah buat GDI ni.. mereka masing2 ada dah dapat USD100 ke beribu-ribu USD sebulan… salah sorang sifu adalah Zamri Nanyan. Beliau merupakan adalah penulis buku MLM yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang. Setiap minggu saya rasa pendapatan beliau lebih dah USD1000…

Saya? Belum ada berapa USD pun…maklum la… baru “tengok2 dan belajar”.. tapi ni sebenarnya bukan alasan tau… jangan ikut macam saya… bila dah register GDI tu, terus je cari network anda…seminggu dapat extra duit USD100 ke USD200.. sapa mau bagi? Tak percaya? Boleh tanya sifu2 lain… atau search GDI+Malaysia kat google…

Ramai yang dah dapat income bulanan dari GDI ni. Tapi kebanyakan mereka LOW PROFILE… diorang tak bising2 kata dah ada income ribu2.. takde.. mereka merendah diri.. dan hasilnya, income mereka terus bertambah..

==> http://www.website.ws/fardaus/

Tapi, saya nak ingatkan. Dalam perniagaan begini (kita panggil network marketing/business), kerja kumpulan adalah paling penting. Anda boleh bergerak sendiri, tapi pada sama, tolong2 la kawan2 lain dalam kumpulan yg sama. PENTING tu. Nak berjaya dalam sekelip mata? Mana boleh… cuba bagi saya contoh orang yg berjaya dalam sekelip mata…

CUMA, biasanya orang takkan faham dan suka… bila dengan bisnes ni adalah MLM. Pada saya, MLM pun buleh buat duit.

Kita ada jutawan DCL, jutawan CNI, jutawan ScoreA… macam2 jutawan lagi lah… semua tu contoh bisnes MLM.. sapa
kata MLM tak buleh buat duit? Tak pandai cari downline? Kena la belajar… dan carik pengalaman…

Dalam GDI ni, produknya MURAH … MUDAH… bukan setakat pasaran Malaysia, malah, ke luar negara… yg penting, macam mana kita nak pasarkan GDI ni? Ada la caranya kan… tapi kena la jadik ahli dulu… :)

Satu lagi isu yang saya nampak, orang Malaysia ni ramai lagi yang skeptikal dalam perniagaan internet ni. Nak buat pembayaran bil kat internet pun tak faham lagi, apa lagi nak guna kad kredit utk bayar service / produk online di internet. Kalau cerita pasal MLM internet, lagi la takut… barang/produk nya tak nampak.. so, kita kena kikis pandangan skeptik ni…

Apa yg GDI tawarkan? Basically – nama domain .WS dan hosting untuk domain anda. Contoh: www.fardausrahmat.ws

Berapa kosnya? MURAH je – USD10 sebulan (kira-kira RM35 sebulan)

Apa faedahnya? BANYAK - sistem komisen 10% utk 5 level (tapi ni BUKAN SKIM CEPAT KAYA ye), kalau anda usaha, anda dapat hasilnya. Kalau tak buat apa2, macam mana nak ada income? BETUL tak?

Kat Malaysia ni ramai pengguna internet. Semua suka browse blog orang, browse website orang, browse google, yahoo, cari information atau buat bisnes online. So, ini lah masanya untuk anda ada BLOG / WEBSITE anda sendiri. Lepas tu promote pula blog/website anda pada orang lain. Baru la ada income.

Saya anjurkan pada mereka yang masih guna blogspot / free blog, anda transfer semua fail anda dalam blogspot atau
apa juga blog percuma anda pada domain anda sendiri. Lebih TERJAMIN dan nampak lebih PROFESIONAL.

Cuba tengok mana satu nama domain yang menarik?

www.tudungmuslimah.blogspot.com      atau pun www.tudungmuslimah.com

Dah tentu .com anda sendiri kan?

Kalau anda ada domain sendiri, kemungkinan untuk blog anda di “mati”kan adalah tidak timbul, kecuali ada masalah dengan syarikat hosting anda. Kalau anda guna blogspot ke, atau penyedia hosting percuma lain, kemungkinan untuk blog anda di”mati”kan adalah tinggi.

Pada saya, yang penting adalah usaha. Kalau buat bisnes lain pun, kalau tak berusaha, mana boleh berjaya? Betul tak?
Cuma segelintir je yang betul-betul akan dapat buat duit sampingan dari internet dan berjaya mengubah hidup mereka.
Ramai lagi yang takut. Maybe takut kena tipu atau dah pernah kena tipu sebelum ni.

Satu je. Jangan percaya dengan konsep skim cepat kaya atau 4D (duduk diam-diam dapat duit). Kalau kita tak percayakan program2 ni, insyaallah kita selamat. Program2 kat atas tu semuanya menipu. Mana ada kejayaan tanpa
USAHA?

Tak kiralah anda berniaga apa sekalipun, silakan BERUSAHA. Sama je dengan GDI. Pokok pangkalnya, kita usahakan
perniagaan GDI kita. Kalau tak buat apa2, takde la hasil. So, kalau berminat dengan GDI atau nak tau lebih, mari ke
sini:

==> http://www.website.ws/fardaus/

Klik pada sign up FREE untuk mendaftar.

Kemudian anda boleh mendaftar di sini: http://www.convistudio.com/bisnesgdi.php untuk menyertai komuniti GDi di
Malaysia, dapat tau dan faham lebih tentang bisnes GDI ni.

Anda akan menerima url link anda untuk promosikan perniagaan GDI ini. Sistem ini cukup berkesan. Buktinya dah ramai, kerana saya nampak makin ramai orang Malaysia jadi top referer untuk GDI ni. Salah satu contoh ada dalam imej bawah ni:

GDI leaderboard 16 - 22 Nov 09

Akhir kata dari saya, kalau nak buat duit dari internet, kena belajar dan ambil tindakan. Jangan asyik belajar je, tapi tak ambil apa2 tindakan. Sampai bila?

Best regards,
Fardaus Rahmat

Perodua ALZA – Perodua Baru Macam MPV

November 24th, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam berkesempatan jenguk2 showroom Perodua kat Kota Damansara. Ramai orang malam tadi. Nak tengok kereta baru perodua tu lah… ALZA – kereta juga MPV…  faham ke? hheeheh

So, kenapa Perodua kata Alza ni kereta juga MPV? Sebabnya, dia perform macam kereta, pada masa sama, dia juga nak jadi MPV. Sebab ada lebih 2 tempat duduk kat barisan ketiga. Sebab tu jek.

Saya rasa saingan terdekat Alza adalah Proton Persona. Ada orang kata Alza ni nak fight market dengan Exora, tapi saya rasa tak sangat lah… sebab Proton Exora ada marketnya sendiri dan ada kelebihannya sendiri. Proton Exora lagi besar, lagi bnyk ruang dan enjin nya pulak 1.6.

Alza ni tak lebih macam kereta pada pandangan saya. Alza ada 5+2 tempat duduk. So, jadi la 7 tempat duduk. Daripada pemerhatian saya malam tadi, ada beberapa point yang saya rasa boleh saya kongsikan kat blog saya utk pembaca semua.

1 – Tempat duduk – OK, takde masalah dengan tempat duduk dia… ada org kata tempat duduk barisan ketiga macam papan, tapi bila kereta dah keluar, ia tak lah seperti di sangka.

2 – Buatan Alza ni adalah OK – nampak mewah, tapi pada masa sama kualiti terjaga lah…

3 – Tayar – 15 inci

4 – Barisan ketiga sesuai utk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil. Tinggi tak leh lebih 170 sm. Kalau lebih, memang rasa sempit kat tempat duduk barisan ketiga.

5 – Warga tua adalah di galakkan duduk di barisan kedua utk memudahkan keluar dan masuk kereta.

6 – Enjin 1.5 macam Avanza, cuma bezanya, pembuatan enjin ni hampir sepenuhnya dibuat di Malaysia.

7 – Ruang kargo, pada saya limited lah. Kalau nak ruang lagi besar, kena la tolak tempat duduk barisan ke tiga tu… dapat la ruang lebih… bila dah ada ruang, boleh jadi tempat tidur utk anak2 kalau perjalanan jauh.

8 – Lampu meter adalah optitron – utk versi manual standard, lampu kaler oren. Versi automatik dia kaler biru.

9 – Utk versi automatik, gear lever adalah di dashboard. Ada tempat duduk kecik kat tengah antara driver & passenger kiri.

10 – Handbrake utk manual adalah di tempat biasa. Handbrake utk auto, Alza guna foot brake. Tgk kat slideshow atas.

11 – Pemanduan? Takde komen, sebab dah malam. Tak sempat test drive lah. Tapi utk enjin 1.5, pada saya sepatutnya pemanduan adalah seperti biasa. Macam drive kereta auto gak.

Nak bagi tahu apa lagi ye? Kalau nak tau lebih lagi, sila2 lah ke showroom perodua berdekatan.

Verdict saya: Sesuai utk mereka yang nak kan kereta lebih besar, tapi tak nak ambik MPV.

Nak brochure ALZA nih? KLIK SINI
Thanks.
Fardaus Rahmat

Nak KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa… Baca Dulu..

November 22nd, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa yang saya nak kongsikan kat blog saya hari ni adalah berkenaan KAYA dan BERJAYA dalam SATU masa.
Saya rasa kebanyakan orang memang rasa macam tu kan. Semuanya kita nak dapat dalam satu masa, tapi pada masa yang sama, strategi dan cara kita buat adalah tak berkenaan langsung. Jadi macam mana kita nak capai tujuan kita?

Mungkin beberapa strategi berikut dapat membantu saya dan anda dalam mencapai cita-cita. Kita tengok satu demi satu:

1 – Attitude atau SIKAP kita

SIKAP memainkan peranan penting dalam kejayaan kita. Boleh kata 99%? Lebih kurang macam tu lah. Kalau nak berjaya, kena lah ada sikap positif dalam apa juga yang kita buat. Buat kerja apa pun, kena la ada sikap positif. Kalau kita buat kerja, tapi tak berjaya, kena think positive. Mungkin ada yang tak kena dengan cara kita kerja, sebab tu kita tak berjaya. So, cari jalan dan fikirkan yang terbaik. Paling tidak, boleh dikongsikan dengan sesiapa yang kita percaya dan mungkin kita boleh dapat jalan penyelesaian.

Tapi semua ni perlukan usaha. Cakap senang lah. Kalau tak buat sendiri, mana kita tau? Betul tak?

Yang penting, kita kena terus berfikiran positif dalam menghadapi hari2 kita. Satu cara yang mungkin membantu, ambik sekeping POST IT NOTE … tulis sesuatu yang POSITIF dan tampalkan kat cermin kereta ke, cermin toilet ke, kat laptop anda ke… bila anda tgk POST IT NOTE tu, fikirkan macam mana sikap anda? Try lah…insyaallah ada kelainan nanti…

2 – Action atau Ambik Tindakan

Ini pun isu untuk saya sendiri dan kebanyakan orang lain. Saya dah baca macam-macam buku, ebook, pegi dengar seminar, pegi latihan… tapi still susah nak ambik tindakan… memang kelemahan saya. Tapi sejak dari itu, saya mula belajar dan cari pengalaman. Macam mana nak ambik tindakan sebenarnya?

Kalau anda ada perancangan, teruskan perancangan anda. Saya bagi contoh:

Saya berminat berniaga. Saya tak pasti muncul dari mana minat saya ni, tapi sejak saya kecik dulu pun ada gak saya tolong-tolong arwah ayah saya berniaga. Mungkin tak berapa berjaya, tapi alhamdulillah. Kami sekeluarga dapat hidup sederhana. Saya mula merancang berniaga online dan offline  sejak 1999, tapi saya cuma start pada 2004.

Kan lama tu? 5 tahun nak ambik tindakan? Tapi sekarang, bila saya dah boleh ambik tindakan, saya dapat tengok hasilnya sendiri… apa hasilnya? Saya dapat carik lebih RESOURCES dan CONTACT/BUSINESS NETWORK.. So, senang sikit nak cari produk dan menjual… Alhamdulillah, sekarang ada tudung sendiri, walaupun takde brand dan SOS pencicah sendiri… juga takde brand.. akan datang saya akan usahakan utk branding produk2 saya…

Macam mana? Convinced? Saya bagi satu lagi contoh:

Saya dok baca ebook-ebook orang… dan baru-baru ni saya terpanggil utk buat ebook saya sendiri. Sebenarnya, saya dah lama merancang nak buat ebook sendiri, tapi sebab saya suka bagi alasan kat diri saya, sebab tu perancangan tu tak pernah diambil tindakan. Tapi saya setel perancangan saya dah, dan saya dah ambik tindakan. Akhirnya, dapat la produce satu ebook dalam bahasa Inggeris. Mungkin tak berapa menarik, tapi pada saya, information dalam ebook ni sangat berguna untuk newbies yang berminat nak berniaga di Internet.

Nak baca satu copy? KLIK SINI – tajuknya 13 Steps To Online Business

Kat atas tadi adalah contoh AMBIL TINDAKAN. Boleh anda usahakan? Ambik tindakan atas perancangan anda, baru la anda nampak hasilnya. JANGAN ASYIK merancang, tapi tak ambik tindakan.

3 – Tuliskan MATLAMAT & IMPIAN anda

Kenapa perlu kita tulis matlamat & impian kita? Kalau kita tulis, baru lah kita nampak apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Sama juga dengan perancangan seperti di atas tadi. Sebab tu kita perlu tuliskan apa yang kita mahukan. Tetapkan sasaran. Tetapkan destinasi kita. Usahakan untuk mencapai matlamat dan impian kita tu.

Pentingnya matlamat dan impian ni, kalau kita tak buat apa-apa pun, kita takkan dapat capai matlamat kita. Sebagai contoh, saya. Kalau saya asyik berangan nak berjaya dalam berniaga, tapi saya tak tetapkan matlamat saya, mesti saya takkan boleh berniaga & akan terus makan gaji.

Paling tidak pun, saya kena ada matlamat utk jangka pendek – 3 bulan hingga 12 bulan… lepas tu kena ada matlamat jangka panjang la pulak. Mungkin dalam 5 tahun, saya kena ada sekian, sekian. Baru lah boleh kita tuju ke matlamat kita dengan terancang.

4 – Apa yang anda fikirkan sekarang? Tulis idea anda…

Kenapa pulak nak kena tulis idea kita? Ni pun basic merancang. Kalau tak tulis idea-idea anda, agak2 dapat tak anda realisasikan idea-idea anda? Katalah anda nak berniaga …idea berniaga banyak… nak jual ebook, nak jual softwares, nak jual kasut, nak bagi perkhidmatan/servis design lah.. .apa lah… banyak lagi idea… tapi kalau tak tulis, mcm mana anda nak bagi keutamaan? Mana satu idea anda yang anda rasa berbaloi dan betul2 anda minat nak buat? Betul tak?

Kalau saya salah, tolong betulkan… :)

Perkara ni nampak je simple, tapi kalau tak pandai, memang kita tak boleh buat… senaraikan je apa dia idea yang anda ada utk perniagaan anda.. insyaallah anda akan nampak ke mana hasilnya nanti… TAPI, jangan lupa pada strategi nombor 2 tadi. AMBIL TINDAKAN.

Saya rasa panduan di atas cukup bermakna untuk saya. Mcm mana anda? Kongsikan pandangan dan idea anda dengan saya di sini. Kalau anda rasa tulisan saya berguna utk sesiapa, forwardkan la tulisan saya ni pada dia. Semoga dia ambil tindakan yg sepatutnya dan berjaya!

p.s. Kalau nak jadi pengedar tudung / sos pencicah saya, boleh la emel saya. :)

Sekian.
Terima kasih.