Posts Tagged ‘Usahawan’

MY POLO – Perniagaan Sebenar – ONLINE atau OFFLINE

April 20th, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti perkongsian cerita saya pada beberapa hari sudah… saya nak teruskan cerita berkenaan perniagaan MY POLO – atau t-shirt POLO.

Hari ni saya letakkan satu artikel dari Harian Metro berkenaan MY POLO ni… dan bagaimana ia bermula. Saya dah edit sikit petikan ni… kalau nak baca petikan yang asli,

.

“MY Polo Network (My Polo), syarikat tempatan yang memperkenalkan pakaian Polo Tee, kini mengorak langkah dengan melancarkan perniagaan e-workshop online di bawah program My Polo Million Club (MPMC).

Pengasasnya, David Soon, berkata MPMC adalah satu platform yang direka khas untuk individu, usahawan baru bagi memberi peluang kepada orang ramai mempunyai perniagaan yang menguntungkan tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Katanya, lebih menarik setiap ahli MPMC bebas untuk membuat rekaan baju sendiri walaupun bagi pembelian sehelai baju dengan memasukkan nama, slogan, grafik dan logo kegemaran mengikut kehendak pengguna.

“Program MPMC baru diperkenalkan pada tahun ini (2010) dan menerusi konsep perniagaan yang mudah, modal rendah serta keuntungan yang lumayan kami ingin melahirkan jutawan MPMC kerana bagi saya semua orang layak memperoleh kesenangan melalui perniagaan atas talian.

“Individu yang mendaftar sebagai ahli akan mendapat laman web perniagaan dengan lesen e-workshop dan melalui web terbabit ahli boleh memilih rekaan, warna dan saiz dengan mudah dan ahli tidak perlu risau mengenai penghantaran barang kerana MPMC akan menguruskannya,” katanya.

Menurutnya, menerusi MPMC pasaran ahli bukan hanya tertumpu di dalam negara saja, malah seluruh dunia dan margin keuntungan pula adalah sehingga 50 peratus.

Soon berkata, pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 15,000 ahli akan mendaftar program MPMC di seluruh Malaysia pada tahun ini memandangkan konsep perniagaan yang diperkenalkan lebih mudah untuk dikendalikan.

“Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kami turut membuka pusat e-workshop yang mengetengahkan konsep santai dan kafe serta menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Sehingga kini terdapat enam pusat iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

“Kami jangkakan 20 pusat e-workshop akan dibuka oleh ahli MPMC di seluruh negara dengan fokus pada Semenanjung,” katanya.

Antara jenis Polo Tee yang disediakan adalah Modern Fit, Mini Polo, Standard Polo, Ladies Polo, Ladies Polo Dress, Kids Polo Dress, Kids Polo dan Muslim Polo. Untuk sebarang pertanyaan boleh melayari www.mypolomillionclub.com/tshirtnetwork atau hubungi saya di talian 018-3725262.”

Jadi bagaimana? Anda berminat nak mulakan perniagaan POLO TEE ni? Boleh la hubungi saya dan kita akan berjumpa di kilang/pejabat MY POLO nanti.

Terima kasih.
Fardaus Rahmat


Related and Relevant Stories

Perniagaan POLO TEE – MY POLO – Berita

April 16th, 2010


Related and Relevant Stories

Diskusi – Kenapa Ramai Usahawan / Bakal Usahawan GAGAL?

December 2nd, 2009

Assalamualaikum & Salam sejahtera pembaca budiman sekelian,

Saya berminat untuk berniaga dan ini membolehkan saya menjadi seorang usahawan atau kata mudahnya, bisnesman. Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada segelintir usahawan atau bakal usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka.

Kenapa agaknya? Mungkin beberapa faktor seperti dibawah dapat menjelaskan keadaan tersebut:

1. Tak buat perancangan / failed in planning/ Tak tau merancang

Kalau dah tak buat perancangan, macam mana nak teruskan perniagaan yang diceburi? Betul tak?
Lecturer saya pernah bertanya pada saya, macam ni lebih kurang “Fardaus, you fail to plan you work or you plan to fail your work?” Maksudnya, adakah kamu gagal merancang tugas-tugas kamu, atau kamu merancang untuk menggagalkan tugas kamu?

Kat sini nampak pentingnya perancangan utk sesuatu kerja dan sudah semestinya perancangan itu penting utk perniagaan anda. Walaupun rancangan mungkin dibuat,  tapi tidak spesifik dan ala kadar, akhirnya, impian jadi seperti angan-angan.

2 – Suka Tangguh Kerja / Perancangan

Ni pun masalah yang selalu membelenggu usahawan kita. Perancangan dah dibuat, tapi asyik tangguh je pelaksanaannya. Sikap macam ni memang tak memberikan masalah pada peringkat awal, tapi lama kelamaan, ia akan menjadikan pengurusan perniagaan kita tak efektif.

Dokumen bertimbun dan bertambah. Masa terbuang. Keputusan perniagaan pula mungkin tidak tepat.

So, kena la make sure kita buat apa yg dah kita rancang sebaiknya.

3 – Competition / Persaingan

Kenapa pulak persaingan jadi masalah pada usahawan?

Kadang-kadang, kita ambik mudah berkenaan competition/persaingan atau competitor/pesaing kita. Bagi yang dah lama, mungkin rasa amat yakin dengan kelebihan diri. Bila dah rasa macam tu, susah la nak berdaya saing dan berusaha untuk menambah baik perkhidmatan atau perniagaan itu.

Sebenarnya, tak boleh la rasa macam tu. Tak kira lah anda baru atau pun dah lama dalam pasaran. Anda tetap kena usahakan menambah baik dan mengunikkan perniagaan atau produk anda. Dari sini barulah anda boleh dilihat sebagai seorang usahawan yang mengikut kehendak pasaran.

4 – Customer Service / Khidmat Pelanggan

Sebagai usahawan, kita tidak boleh hanya memikirkan bagaimana hendak mendapatkan pelanggan, tapi pada masa sama kita mesti juga memikirkan berkenaan cara-cara mengekalkan pelanggan yang dah kita ada.

Nak kekalkan pelanggan ni yang lebih sukar dari mendapatkan pelanggan. Macam-macam perlu kita buat untuk pastikan pelanggan tertarik dan setia dengan produk / barangan / perkhidmatan yang kita berikan. Macam mana?

Mungkin lain kali saya cerita pulak berkenaan customer service.
Macam mana? Nak kongsi pendapat / pandangan anda? Bagila komen …

Regards,
Fardaus Rahmat