Salam sejahtera utk semua pembaca.
Setakat mengikuti blog saya sehingga hari ni, saya pasti ramai yang dah tau dan faham apa itu perniagaan internet. Betul tak?
Kalau masih tak pasti, secara mudahnya, perniagaan internet ni sebenarnya sistem berniaga ONLINE .. kita berniaga di internet. Perniagaan ini memerlukan penjual dan pembeli melakukan semua transaksi penjualan dan pembelian di internet.
Kalau takde talian internet di rumah, anda boleh pegi ke cyber cafe. Kalau tak, anda boleh install Streamyx ke, Wimax ke, atau anda boleh guna Celcom/Maxis/Digi/U-Mobile broadband. Masing2 penyedia perkhidmatan internet ada pakej masing2, dan anda pilih lah yang sesuai. Sekarang ni pulak tengah perang broadband.. so, memang kita perlu pilih pakej mana yang sesuai dengan keperluan kita..kalau nak guna Celcom broadband, rasanya masih ada yang pakej RM68 sebulan.. kalau nak guna Streamyx, sekarang ni dah boleh register FREE…dapat wireless modem lagi…ikut keperluan anda sendiri lah…
KENAPA Berniaga di Internet dan KENAPA Pilih Program Affiliate?
Sebelum saya cuba bagi beberapa jawapan utk soalan di atas, saya terangkan sikit konsep program AFFILIATE.
Dimudahkan cerita, konsep affiliate ni adalah satu jenis perniagaan di mana penjual melantik pengedar/rakan kongsi/penyebar maklumat/network untuk membantu perniagaan itu berkembang.
Contoh: Saya ada berniaga tudung lycra (ala Aryani / Munawwarah) secara kecil-kecilan. Macam mana saya nak kembangkan perniagaan saya ni adalah dengan menggunakan konsep affiliate.
Saya perlu dapatkan pengedar/rakan kongsi/network yang bagus dan saya bayar komisen utk setiap jualan atau komisen utk jualan dalam secara pukal atau sebagainya. Komisen tu dah tentulah saya yang tentukan macam mana.
Nampak tak macam mana konsep ni? Nak lagi mudah untuk difahami?
Satu lagi contoh: Saya ada website www.convistudio.com. Sesiapa yang pergi ke website saya, register dan dapatkan panduan berkaitan menambah rakan di Facebook saya, beliau yang register tadi adalah affiliate / rakan kongsi / network saya. Cuma dalam contoh ini, saya takde la sediakan program affiliate tu, sebab saya tak bayar komisen untuk sesiapa yang mendaftar dan share ebook saya dengan sesiapa yang lain.
Kalau saya sediakan program affiliate dalam website saya tu, saya perlu lah sediakan satu bentuk bonus untuk affiliate yang dapat menambahkan bilangan “list” saya.
Begitu lah lebih kurang cerita/konsep affiliate. So, berbalik kepada persoalan di atas tadi.
KENAPA Berniaga di Internet dan KENAPA Pilih Program Affiliate?
Beberapa jawapan yang dapat saya sediakan pada hari ini adalah seperti berikut:
1 – MODAL YANG MURAH
Dalam perniagaan internet, kedai kita adalah didalam domain kita. Domain la pulak. Apa benda domain ni? Domain adalah NAMA kedai atau website kita. Contoh: www.fardausrahmat.ws atau www.convistudio.com atau www.convistudio.com/blog
Semua di atas adalah contoh domain saya. Itulah kedai saya.
Saya hanya perlu promosi alamat web saya yang boleh diperolehi dari harga RM35 sebulan hinggalah paling murah RM30 setahun kalau tak salah saya. Tengok la pakej mana yang sesuai dengan saudara.
Tapi, sebab MURAH kat sini adalah kerana anda tidak perlu keluarkan modal sampai RM beberapa ribu untuk memulakan perniagaan. Modal anda boleh jadi cuma RM150 untuk 3 bulan pertama, atau, mungkin boleh jadi lebih rendah dari itu, ATAU anda boleh memulakan perniagaan di internet TANPA APA-APA MODAL sekalipun.
Di sini lah kelebihan program AFFILIATE. Anda boleh berniaga di internet TANPA MODAL. ZERO. KOSONG. Yang penting ada buat jualan, anda akan dapat bayaran komisen. NAMPAK TAK MUDAHNYA DAN MURAHNYA RISIKO perniagaan internet ni, lebih2 lagi kalau join affiliate program.
2 – JIMAT Masa
Perniagaan internet ni dah pasti lah menjimatkan masa dan satu lagi, ia adalah fleksibel. Suka hati andalah bila nak fokus atau tak nak fokus. Tapi kena la hati2, kalau tak fokus, macam mana nak buat untung pulak kan?
Tapi dengan adanya program affiliate, perniagaan internet anda menjadi makin mudah. Anda tak perlu pening2 pikir pasal marketing dan macam2 lagi. Sebab anda dah ada network / affiliate yang tolong buat semua tu.
Kan JIMAT MASA tu…. boleh la fokus kat bisnes internet lain pulak… atau pun, fokuskan buat duit untuk bisnes OFFLine pulak..
3 – LUMAYAN
Macam mana pulak boleh lumayan bila berniaga di internet ni? Macam mana tak lumayan. Anda mulakan perniagaan TANPA KOS (jadi affiliate produk). Anda dapa jual produk tu, anda dapat komisen. Makin banyak anda jual, maka makin banyak la komisen anda! Tak lumayan? Contoh: Kalau anda jual satu produk katalah RM15, komisen yang dibayar adalah 30 – 50% dari harga produk, itu dah RM4 – 7 ringgit komisen utk satu produk. Betul tak? Kalau anda dapat jual 100 dalam masa 2 minggu, berapa anda dapat?
RM5 x 100 = RM500 dalam masa dua minggu. Sapa nak bagi? Kalau anda jual lagi banyak pilihan produk, maka lagi banyak la untung. Perrrgghh… kaya jadi affiliate ni. Ramai dah contoh affiliate yang berjaya dalam Malaysia ni… contoh: Razif Nanyan, Ammar Zahar, Gobala Krishnnan, Mawardee, Razif Yusof dan beberapa lagi IM tempatan yang saya tak sempat nak tulis kat sini…
Untuk peniaga yang membuat produk pulak, dah la takde sibuk nak promote dan sebagainya, sebab dah ada affiliate, tapi still untung lagi dari setiap jualan. Kan ke tu lumayan?
4 – RISIKO YANG RENDAH
Risiko dalam berniaga internet ni memang rendah. Saya katakan rendah tu sebab, kalau anda dapat hasilkan produk yang berkualiti dan memang orang ramai perlukan, maka jualan anda akan memberangsangkan.
TAPI, kalau produk anda takde permintaan, maka kurang la jualan. Itu je.
Untuk affiliate, kalau produk tu tak bagus, maka diorang pun takde la nak menjual/promote sangat kat orang lain. So, sikit je la risiko tu.
OKlah. Itu je cerita saya buat masa ni. Akan datang saya akan share lagi berkenaan perniagaan internet ni.
Kalau anda rasa cerita saya ni sesuai untuk diselitkan kat mana-mana, silalah berbuat demikian.
Ada ilmu, kembangkan pada orang ramai. Biar ilmu tu bermanfaat.
Best Regards,
Fardaus Rahmat




